BOSAN menunggu ketibaan Suzuki GSX-R250 yang tidak kunjung tiba, jejaka bernama Mamet Rahardi memutuskan mengubah GSX-R150 miliknya menjadi 'GSX-R250 Wanna Be'. Modifikasi itu dibuat semata-mata mahukan motornya sekelas dengan Ninja 250 dan CBR250RR.
“Saya mewakili harapan dan selera sebahagian besar pencinta sportbike, terutama Suzuki di Indonesia. Kalau nanti ada model 250cc, harap tidak jauh daripada hasil ubah suai ini. Seperti pendapat dan rujukan buat Suzuki,” kata Mamet.
BACA >>> Motosikal Terbaik Indonesia 2017 - Suzuki GSX R150 Pecah Dominasi Honda, Yamaha
Bagi mendapatkan penampilan sebuah jentera 250cc, GSX-R150 miliknya itu perlu dibikin supaya jadi lebih berisi. Mamet memilih set penuh komponen suspensi Honda CBR250RR, terdiri daripada fork terbalik (USD), swingarm, rim, brek cakera, kaliper, braket dan lain-lain. Produk Honda dipilih untuk bahagian suspesi kerana memiliki ukuran paling sesuai untuk GSX-R150.
PENGENDALIAN BERUBAH
Ukuran rim juga tidak banyak berbeza dan masih sepadan dimensi GSX-R150 yang ramping. Bahagian swingarm dikurangkan sekitar 3sm untuk disesuaikan dengan casis GSX yang lebih kecil. Posisi Pro-Link nampaknya sesuai dengan casis model Suzuki itu.
BACA >>> #TunggangUji: Suzuki GSX250R (2018), Jentera Urban Serba Boleh
Cuma fizikal swingarm di belakang dibesarkan 10sm, sekali gus mempengaruhi pengendalian. Menurut Mamet, GSX-R150 miliknya itu kini sedikit kurang lincah ketika mengambil selekoh. Penampilan luaran pula diserlahkan dengan seragam atau livery Suzuki GSV-R yang pernah menjadi jentera tunggangan pelumba MotoGP, Kenny Roberts Jr.
“Motor aslinya hitam metalik, sengaja saya tukar putih untuk memilih livery hasil airbrush bengkel di Depok (selatan Jakarta),” katanya.
Bagaimanapun, pemiliknya nyata belum berpuas hati dan dia kini masih menunggu absorber belakang RMP Taiwan yang menggunakan tabung supaya tangki baru sama dengan badan belakang untuk tampil besar dan mirip jentera 250cc.
SPESIFIKASI GSX-R150 'WANNA BE'
SUSPENSI: CBR250RR USD, rim, swingarm, kaliper, brek cakera, mudgad (depan & belakang)
TAYAR: Corsa 120/60 depan, 150/60 belakang
BADAN: Airbrush livery GSV-R MotoGP
EKZOS: Over Racing Titanium
PENGADANG ANGIN: MRA
PEG KAKI: Bonamici Racing
GAD KLAC: Bonamici Racing
CAKERA/KLAC: Galespeed
GRIP HENDAL: Ariete Aluminium
LAMPU UTAMA: Suzuki GSX-125
SUMBER: NaikMotor.com
Leave a Reply