• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #TahukahAnda: Kenapa Toyota 86 dan Subaru BRZ Tiada Pengecas Turbo?

#TahukahAnda: Kenapa Toyota 86 dan Subaru BRZ Tiada Pengecas Turbo?

March 14, 2018 By admin.pandulaju 4 Comments

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA banyak rungutan dilaporkan tentang Toyota 86 dan Subaru BRZ yang tiada versi pengecas turbo selepas dua model itu dilancarkan sejak tujuh tahun lalu. Ramai peminat mendakwa dua coupe sport itu masih tidak cukup umph dan tidak sepadan kapasiti casis yang mampu menampung enjin berkuasa lebih tinggi.

Bagaimanapun, penambahan kuasa enjin bagi 86 dan BRZ tidak akan berlaku kerana kedua-dua model itu sudah dikeluarkan sejak 2012, tanpa menampilkan sebarang perubahan ketara.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Sebab Kenapa 86 Jadi Nombor Kesayangan Toyota

Jadi, kenapa permintaan peminat yang mendambakan penambahbaikan enjin itu tidak dipedulikan Toyota? Sebabnya, pembangunan tersebut memerlukan platform baharu supaya jurutera dan pereka masing-masing berpuas hati dengan pembaharuan dilakukan.

LIBATKAN PERUBAHAN KONFIGURASI

Ketua Jurutera 86 dan Supra generasi baharu, Tetsuya Tada berkata, seandainya Toyota mahu menampilkan 86 berkuasa turbo dengan kuasa dipertingkat, model itu kemungkinan perlu menambah keperluan lain membabitkan keseluruhan konfigurasi asas semata-mata untuk memuaskan hatinya.

Menurutnya, perubahan dilakukan bukan sekadar menukar atau melakukan modifikasi ringan terhadap komponen enjin, tetapi turut melibatkan agihan berat yang turut berubah sekiranya 86 dan BRZ dibekalkan sistem turbo.

Jadi, 86 dan BRZ, yang asasnya kereta yang sama dengan logo berbeza, akan terus ditawarkan dalam enjin 4-silinder 2.0L aspirasi natural (NA) selagi mana kedua-dua pengeluar itu memutuskan mengekalkan model itu di pasaran.

Tidak dinafikan, trenkuasa asal berpotensi untuk ditala, dan ada beberapa versi ubah suai yang siap dilengkapi enjin pengecas turbo dengan kuasa mencecah 450hp!

BACA >>> Modifikasi Gila Tukar Enjin Toyota 86 Kepada Ferrari 458 Italia

Projek modifikasi 86 paling mengagumkan ialah jentera milik pelumba drift Amerika SYarikat (AS), Ryan Tuerck yang menggunakan enjin NA 4.5L V8 daripada Ferrari 458 Italia. Hasilnya, model sport Jepun itu diubah suai menjadi sebuah jentera yang cukup buas.

* Foto bawah: Toyota GT86 CS-R3

toyota-gt86-cs-r3-rally-car-2
toyota-gt86-cs-r3-rally-car-3
toyota-gt86-cs-r3-rally-car-4
toyota-gt86-cs-r3-rally-car-5
toyota-gt86-cs-r3-rally-car-6
toyota-gt86-cs-r3-rally-car-7
toyota-gt86-cs-r3-rally-car-8
toyota-gt86-cs-r3-rally-car-9
toyota-gt86-cs-r3-rally-car-1

SUMBER: CarScoops

Related

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: autotainment, pengecas turbo, Roda4, Ryan Tuerck, Subaru BRZ, tahukah anda, Tetsuya Tada, Toyota, Toyota 86

Comments

  1. det says

    June 25, 2019 at 7:27 AM

    admin...correct me if i mistake..toyota 86 tu NA...memang takde turbo..subaru brz tu ade turbo..pls google balik ye..2 kereta legacy subaru n toyota...platform sama but engine lain ye..rs cam tajuk tak betul lak..kalau dua2 engine n.a...

    Reply
    • Faiz says

      December 9, 2019 at 6:17 AM

      Brz pn same,na jugak xde turbo.

      Reply
    • bossku says

      December 9, 2019 at 11:15 PM

      brz xda turbo bossku. BRZ dan 86 mmg kereta yang sama, nama je lain. mungkin sedara ter tukar nama dengan wrx.

      Reply
    • Boy says

      December 11, 2019 at 7:44 PM

      Sorry bro.. Brz pun bukan turbo.. Both having same NA Boxer engine.. It shows that u need to google more.. Cheers

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev