KTM baru saja mengemas kini aplikasi My Ride yang membolehkan pemilik 1290 Super Adventure S dan R melihat paparan maklumat aplikasi terus pada skrin TFT motosikal mereka. Malah, kemas kini terbaru itu juga boleh dipasangkan pada model keluaran 2017 tanpa kos tambahan.
Aplikasi My Ride berharga £7.99 (RM43) itu membolehkan penunggang menghubungkan telefon pintar pada mana-mana model KTM yang dilengkapi skrin TFT (125 & 390 Duke, 1290 Super Duke R, 1290 Super Adventure S & R dan 790 Duke) walaupun sesetengah model memerlukan naik taraf aksesori.
BACA >>> 'Travel Pack' KTM 1290 Super Adventure S untuk Tunggangan Lebih Meyakinkan
Ini bermakna, dengan fon kepala Bluetooth, penunggang KTM kini sudah boleh mendengar muzik dan menerima panggilan dengan hanya mengakses butang kawalan pada bar hendal. Fungsi sistem navigasi pula diperluaskan lagi untuk pada 1290 Super Adventure S dan R.
Selain navigasi selekoh demi selekoh, aplikasi baharu itu turut memaparkan jarak selekoh di depan, nama jalan, waktu tiba dan jarak destinasi pada skrin berbeza di sebelah spidometer. Semua pengguna sistem My Ride boleh mengakses sistem navigasi menerusi telefon, tetapi 1290 Super Adventure S dan R dapat diakses terus menerusi skrin.
Leave a Reply