RAMAI pemilik Mitsubishi Xpander merungut masalah dihadapi kereta mereka. Namun, pihak Mitsubishi mendakwa itu cuma isu kecil tanpa perlu dibuat kempen panggil semula. Kenderaan pelbagai guna (MPV) itu dikatakan mengalami masalah putaran enjin yang naik mengejut tiba-tiba, disebut 'idle-up'.
Isu tersebut cukup hangat diperdebatkan pemilik MPV itu kerana Xpander adalah produk yang benar-benar baru dan Mitsubishi sendiri menyatakan tiada masalah teknikal yang menyumbang kepada situasi tersebut. Gejala idle-up tiada kena mengena dengan masalah komponen.
DISEBABKAN PENYAMAN UDARA
Duta jenama Mitsubishi Motors Indonesia, Rifat Sungkar berkata, idle-up ada kaitan dengan sistem penyaman udara (AC) Xpander.
“Situasi idle-up tidak selalu terjadi, cuma sesetengah pemilik perasan hal itu. Dalam kereta yang suhu AC diletakkan paling sejuk, kadangkala cuaca panas kereta akan ikut tetapan suhu AC. Kadangkala kalibrasi enjin dan kompresor AC lebih mengutamakan suhu AC hingga AC dihidupkan lebih lama daripada yang dimahukan," katanya.
Cara mengatasi, pemilik Xpander diminta mengemaskini perisian Unit Kawalan Enjin (ECU) di pusat servis Mitsubishi bermula suku kedua tahun ini.
Mujurlah Xpander tiada di pasaran Malaysia. 🙂
SUMBER: DapurPacu
Leave a Reply