• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #GMS2018: Bugatti Chiron Sport Lebih Pantas 5 Saat, Harga Bermula RM12 Juta

#GMS2018: Bugatti Chiron Sport Lebih Pantas 5 Saat, Harga Bermula RM12 Juta

March 10, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BUGATTI mengejutkan peminat automotif dunia apabila memperkenalkan model Chiron versi dipertingkat sempena Pameran Motor Geneva 2018. Prestasi Bugatti Chiron Sport (2019) kekal sama, tetapi disuntik beberapa penambahbaikan signifikan dari aspek pengendalian dan ketangkasan.

Berat Chiron Sport berkurangan 18kg menerusi penggunaan rim ringan dan komponen gentian karbon termasuk pengelap cermin. Bahagian suspensi dikemas kini dengan talaan absorber 10 peratus lebih keras, manakala stereng diubah suai tanpa mengorbankan respons.

BACA >>> #Videotomotif: Tidak Sampai Sebulan, Koenigsegg Agera RS Pecahkan Rekod Bugatti Chiron

Pengubahsuaian dilakukan turut memberikan kesan ke atas mod pengendalian dengan padanan diferensial gandar belakang optimum dan Pemvektoran Tork Dinamik (DTV). Data di atas kertas mendedahkan bahawa tiada apa yang benar-benar mengagumkan tentang Chiron Sport berbanding versi standard itu.

LEBIH PANTAS, LUARAN BERBEZA

Namun Bugatti mendakwa Chiron Sport (2019) mampu memecut  5 saat lebih pantas berbanding Chiron standard dalam ujian trek Nardo. Hypercar itu khabarnya berjaya mencapai potensi pengendalian sepenuhnya walaupun berada di selekoh dengan kelajuan melebihi 200kmj.

Penampilan luaran Chiron Sport (2019) dibezakan menerusi kemasan gentian karbon dan rim roda khas. Bahagian kabin, lambang sulaman Chiron Sport disematkan pada konsol tengah dan lambang Sport pada sil pintu. Kemasan hitam dipadankan pada punat tekan-mula, opsyen mod pemanduan, dan plat pemasaran.

BACA >>> Ketahui 20 Fakta Menakjubkan Tentang Bugatti Chiron, Berkuasa 1,476hp!

Chiron Sport (2019) tampil di Geneva  dalam warna Italian Red (merah) dengan kemasan kontras gentian karbon (kelabu) dan kabin hitam bersama sulaman jahitan merah. Model itu juga boleh didapati dalam warna French Racing Blue (biru), Gris Rafale (kelabu), dan Gun Powder.

Penghantaran Chiron Sport (2019) dijadualkan sekitar hujung tahun ini pada harga bermula €2.65 juta (RM12 juta) di Eropah, tidak termasuk cukai. Wow, memang mampu tengok!

GALERI

Related

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Bugatti, Bugatti Chiron, Bugatti Chiron Sport, Bugatti Chiron Sport (2019), Geneva Motor Show 2018, GMS 2018, hypercar, Pameran Motor Geneva 2018, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my