• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #GMS2018: Lamborghini Huracan Performante Spyder Kini Tanpa Bumbung, Lebih Pantas

#GMS2018: Lamborghini Huracan Performante Spyder Kini Tanpa Bumbung, Lebih Pantas

March 7, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

84
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SETAHUN lalu, Lamborghini mendedahkan model hardcore, Huracan Performante. Kini versi Huracan yang lebih berorientasikan pemandu tampil dalam bentuk open-top atau bumbung terbuka yang semestinya menarik perhatian pengunjung Pameran Motor Geneva 2018.

Huracan Performante Spyder baharu menampilkan bumbung soft-top yang cuma mengambil masa 17 saat untuk dibuka-tutup. Paling penting, ciri itu tidak menjejaskan aerodinamik jentera, dipanggil ALA (Aerodinamica Lamborghini Attiva).

Enjin aspirasi natural (NA) 5.2L V10 memberikan lebih kuasa buas berbanding barisan model berbumbung kekal lain. Supercar itu mampu menghamburkan kuasa 631hp dan tork maksimum 600Nm, lebih 30hp berkuasa dan lebih 40Nm kilasan tork berbanding LP610-4 Spyder. Malah juga lebih ringan 35kg.

BACA >>> Debut Lamborghini Huracan Performante dan Aventador S di Asia

Huracan Performante Spyder mampu memecut 0-100kmj sepantas 3.1 saat, iaitu 0.2 saat lebih pantas berbanding Huracan Performante Coupe dan 0.3 saat lebih laju daripada Spyder standard. Bagaimanapun, kelajuan maksimum masih sama, 325kmj.

PRESTASI DIPERTINGKAT

Sama seperti Performante Coupe, Performante Spyder memanfaatkan suspensi terkini, stereng lebih responsif, kalibrasi Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), pacuan empat roda (AWD) kekal, ALA active aero dan ANIMA yang dikemas kini semula.

Ada tiga mod pemanduan ditawarkan: Strada, Sport dan Corsa yang setiap satu akan mengubah tetapan sistem dinamik kereta. Peminat supercar berpoket tebal boleh mula menempah Huracan Performante Spyder mengikut pasaran negara masing-masing.

Harga Huracan Performante Spyder bermula:

  • €219,585 (RM1,063,649) di Eropah
  • £195,078 (RM1,057,500) Britain
  • $308,859 (RM1,205,284) Amerika Syarikat
  • ¥4,237,777 (RM2,613,199) China
  • ¥35,613,532 (RM1,313,783) Jepun
GALERI

 

SUMBER: CarScoops

Related

84
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: GMS 2018, Lamborghini, Lamborghini Huracan Performante Spyder, Pameran Motor Geneva 2018, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my