Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Debut Lamborghini Huracan Performante dan Aventador S di Asia
Roda4

Debut Lamborghini Huracan Performante dan Aventador S di Asia

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LAMBORGHINI Huracan Performante dan Aventador S muncul di Asia buat kali pertama sempena Pameran Motor Antarabangsa Shanghai (SIMS) 2017 yang pastinya menjadi antara model paling ingin dilihat pengunjung.

Huracan Performante menampilkan teknologi baharu dengan berat badan lebih ringan, ciri aerodinamik aktif, pemvektoran aero, casis talaan baharu, sistem pacuan semua roda (AWD) dan enjin V10 yang ditambah baik. Malah, supercar itu mencatatkan rekod baharu di litar Nürburgring, Jerman dengan masa 6:52.01 minit.

Huracán Performante menggunakan ciri Aerodinamica Lamborghini Attiva (ALA) yang merujuk kepada terma sayap dalam bahasa Itali, di mana sistem tersebut dipatenkan dan dibangunkan khas untuk model supercar tersebut. Sistem itu berfungsi menuruti beban aerodinamik semasa tekanan daya bawah (downforce) tinggi atau seretan rendah, sekali gus memperbaiki prestasi atas litar dan jalanan.

Kredit: LamboCars.com

SIRI BAHARU AVENTADOR

Lamborghini Aventador S pula ialah siri baharu dalam famili Aventador. Dikuasakan enjin V12 aspirasi natural (NA) dengan hamburan kuasa maksimum 740hp, supercar ini mampu memecut 0-100 kmj sepantas 2.9 saat sahaja, manakala kelajuan maksimum mencecah 350kmj.

Model baharu tersebut menggunakan sistem AWD dan stereng empat-roda (FWS) yang pertama seumpamanya untuk model pengeluaran Lamborghini. Sistem berkenaan bukan saja berupaya menambahbaik kawalan lateral, tetapi juga menjadikan Aventador S lebih lincah dan stabil. Turut dilengkapi ialah mod EGO yang menawarkan sensasi pemanduan menakjubkan dengan penambahan prestasi.

LAMBORGHINI AVENTADOR S
LAMBORGHINI HURACAN RWD SPYDER

Turut diberada di SIMS 2017 ialah Huracan RWD Coupé berenjin NA V10 dan Huracan RWD Spyder dengan imej supercar konvertibel pacuan roda belakang (RWD). Selepas mencemar duli di bumi Asia, ke manakah pula destinasi jualan model hebat ini?

Apakah di Lamborghini Kuala Lumpur?

Lamborghini Lamborghini Aventador S Lamborghini Huracán Performante Lamborghini Huracán RWD Coupé Lamborghini Huracán RWD Spyder Pameran Motor Antarabangsa Shanghai (SIMS) 2017 Shanghai International Motor Show 2017 SIMS 2017
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nissan Serena e-POWER C28
HEV

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.