• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Foto Rasmi Peugeot 508 (2018) Bocor Sebelum Debut, Memang Mengancam!

Foto Rasmi Peugeot 508 (2018) Bocor Sebelum Debut, Memang Mengancam!

February 21, 2018 By Admin PanduLaju 2 Comments

84
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FOTO Peugeot 508 (2018) bocor di media sosial sebelum debut rasmi sempena Pameran Motor Geneva 2018, bulan depan. Imej didedahkan itu jelas memberikan gambaran awal tentang sedan serba baharu itu menerusi rekabentuk badan lebih rendah dan lebar serta berpenampilan agresif.

Rekabentuk sedan segmen-D itu dipengaruhi rekaan model sedia ada, Peugeot 3008 dan 5008. Rekaan lampu depan LED nipis dipadankan dengan gril khas Peugeot dengan gaya 3D mendominasi pandangan depan. Bahagian pintu tanpa bingkai seperti model mewah lain membezakan 508 dengan pesaingnya.

BACA >>> #PanduUji: Peugeot 508 Facelift (2015)

Spoiler digabungkan bersama pintu but memberikan penampilan elegan. Rekabentuk lampu belakang pula dirombak menjadi lebih tirus dan nipis, manakala bahagian bawah tersedia dua ekzos asli dan bukan palsu seperti beberapa produk kereta Eropah lain.

peugeot-508-2018-engine
peugeot-508-2018-rear
peugeot-508-2018
peugeot-508-2018-dashboard

Lampu Peugeot 508 (2018) masih mengekalkan identiti Peugeot menerusi gaya kuku harimau. Masuk ke dalam kabin, aura mewah begitu kuat dan tidak klise. Rekaan stereng, punat kawalan dan tombol gear tampak futuristik. Panel instrumen juga memukau, manakala sistem audio dilengkapi set buatan Focal.

Peugeot 508 menampilkan kemasan kayu, lapisan kulit, aluminium dan satin. Seperti mana kereta mewah lain, ambien dalam kabin menggunakan lampu LED. Kerja memarkir disempurnakan sistem bantuan parkir (PA). Trenkuasa 508 menawarkan beberapa varian enjin pengecas turbo dan diesel, terdiri daripada 1.2L dan 1.6L petrol serta enjin 1.5L dan 2.0L.

GALERI

 

Related

84
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: 508, Geneva Motor Show 2018, Nasim Sdn Bhd, Pameran Motor Geneva 2018, Peugeot, Peugeot 508, Peugeot 508 (2018), Sedan, sedan segmen-D

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev