• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bos Besar Mahu Hafizh ke MotoGP 2018, Tetapi Perlu Yakinkan Rakan Kongsi

Bos Besar Mahu Hafizh ke MotoGP 2018, Tetapi Perlu Yakinkan Rakan Kongsi

February 21, 2018 By ZY 1 Comment

FacebookTwitter


MASIH lagi hangat pasal Hafizh Syahrin, yang bakal menjadi pelumba Malaysia dan Asia Tenggara pertama layak berlumba dalam kelas premier MotoGP. Anak muda Selangor itu khabarnya berjaya meyakinkan pengurus pasukan Monster Yamaha Tech 3, Herve Poncharal untuk merekrutnya sebagai pelumba penuh musim ini bagi menggantikan kerusi ditinggalkan pelumba pasukan itu, Jonas Folger yang diserang penyakit sindrom Gilbert.

Selepas tamat sesi ujian di Litar Buriram, Thailand baru-baru ini, Hafizh memberikan impak menakjubkan dengan menamatkan saingan keseluruhan di kedudukan P22, di depan Karel Abraham dari pasukan Angel Nieto dan pelumba rookie lain seperti Xavier Simeon (Reale Avintia). Malah, beliau berjaya mencatatkan masa dengan perbezaan 1.7 saat di belakang catatan masa terbaik Dani Pedrosa daripada pasukan Repsol Honda.

"Ia kejutan yang bagus. Anda mesti ingat, Hafizh tidak bersedia kerana dia dalam persiapan untuk projek Moto2. Tapi Razlan Razali (CEO SIC) bersetuju untuk menyakinkan kami dengan pelumbanya (Hafizh) sepanjang ujian tiga hari ini. Saya juga mahu berterima kasih kepada dia. Menyertai MotoGP memang impian setiap pelumba," katanya.

Namun, buat masa ini keputusan sama ada Hafizh bakal bertanding dalam saingan MotoGP musim 2018 masih belum dimuktamadkan.

"Saya mahu kekalkan beliau dalam musim 2018, tetapi saya perlu yakinkan rakan kongsi lain. Buat masa sekarang tiada apa diputuskan, tapi saya tidak dapat sembunyikan fakta betapa saya sangat kecewa jika kami tidak dapat mencapai persetujuan. Saya rasa kami sudah jumpa pelumba yang menepati apa kami cari. Selepas Jonas Folger menarik diri, inilah penyelesaian terbaik yang kami ada," kata Poncharal lagi.

Siri ujian pra musim ketiga dan terakhir MotoGP akan berlangsung 1 Mac ini di Qatar. Apakah Hafizh turut bersama nanti, sama-sama kita nantikan berita seterusnya.

SUMBER: MotoGP

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Hafizh Syahrin, Herve Poncharal, Moto, MotoGP, MotoGP 2018, pescao, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my