• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Kereta Sport Jadi Kenderaan Berniaga, Mamat Jepun Jual Keledek Guna Mazda MX-5

Kereta Sport Jadi Kenderaan Berniaga, Mamat Jepun Jual Keledek Guna Mazda MX-5

February 22, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA ke Jepun, anda mungkin boleh cuba cari Eroko, si pemilik Mazda MX-5. Bukan untuk tengok roadster generasi NC miliknya. Apa yang unik tentang lelaki Jepun itu ialah dia menjadikan kereta sport itu sebagai kenderaan rasmi untuk berniaga ubi keledek sekitar bandar Yokohama.

Eroko menjadikan ruang belakang model softtop MX-5 itu untuk memanggang ubi keledek dan mengiklankan lokasi jualannya menerusi Twitter. Dia bagaimanapun cuma menjual ubi keledek pada sebelah malam. Cara jualan unik itu pantas melonjakkan popularitinya di kalangan pembeli setempat dan pengikut Twitter.

BACA >>> #PanduUji: Mazda MX-5 Si Pencuri Hati

Lebih dikenali sebagai 'Yokohama Rodo Pot', singkatan perkataan Yokohama/Roadster/Yakimo, 'MX-5 ubi bergerak' itu dapat dilihat sekitar Sakuragi-cho setiap minggu, dan Stesen Kamakura setiap Rabu. Selain keunikan cara jualan menggunakan kereta konvertibel, ubi keledek Eroko juga mendapat pujian pelanggan. Cukup lazat dan menyelerakan.

GUNA KONSEP 'YUKA HARUDA'

mazda_mx-5_ubi_manis_jepun_pandulaju4
mazda_mx-5_ubi_manis_jepun_pandulaju5
mazda_mx-5_ubi_manis_jepun_pandulaju3

Menurut Eroko, dia menggunakan konsep 'Yuka Haruka', bermaksud cemerlang dari segi rasa dan penampilan. Konsep itu diterjemahkan pada model roadster itu yang menelan belanja sekitar ¥40,000-¥500,000 (RM1,450-RM18,130), membabitkan pengubahsuaian peralatan seperti bahagian troli tunda import yang disambung ke badan kereta dan direka sendiri. Dia juga mengakui kesukaran mencari kedai yang boleh mendapatkan peralatan selamat dan sesuai seperti diingininya.

BACA >>> Mazda MX-5 Speedster Evolution & MX-5 RF Kuro Tampil Debut di SEMA 2016

Ubi manis dijual pada harga ¥300 (RM10). Lokasi jejaka ubi keledek itu boleh dikesan menerusi status Twitter miliknya. Hmm, siapa pula pemilik MX-5 Malaysia yang sudi ubah suai kereta mereka macam Eroko? Tetapi, jika melihat harga, kami yakin ramai pemilik MX-5 di Malaysia akan berfikir dua kali untuk melakukannya.

GALERI

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, bermaz Motor, Jepun, jual ubi, kereta konvertibel, Kereta Sport, mazda, Mazda MX-5, roadster, Roda4, ubi manis

Comments

  1. Man says

    February 22, 2018 at 12:59 PM

    Tobat la pemilik mx5 d malaysia nak buat mcm ni..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev