• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Daihatsu Sirion (2018) Lancar di Indonesia - 1.3L, Harga Bermula Rp193 Juta (RM56k)

Daihatsu Sirion (2018) Lancar di Indonesia - 1.3L, Harga Bermula Rp193 Juta (RM56k)

February 14, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODEL hatchback popular Malaysia, Perodua Myvi rasmi dilancarkan ke pasaran Indonesia sebagai model import sepenuhnya (CBU) dengan nama Daihatsu Sirion pada harga lebih mahal berbanding model terdahulu, iaitu Rp193.5 (RM55,830) untuk versi automatik, dan Rp182.5 (RM52,656), manual.

BACA >>> Foto Daihatsu 'Sirion Myvi' Dikesan di Indonesia, Selamat Diimport dari Malaysia

Menurut laporan media Indonesia, harga Sirion (2018) naik Rp6.5 juta (RM1,875) dengan mendapat pelbagai reaksi di kalangan peminat automotif negara jiran itu. Ada yang mendakwa harga itu berpadanan dengan ciri ditawarkan, dan ada pula mengatakan terlampau mahal.

SATU VARIAN ENJIN SAHAJA


Jika Myvi di Malaysia didatangkan dalam dua varian enjin, 1.3L dan 1.5L, tetapi Sirion (2018) di Indonesia pula cuma menawarkan satu varian enjin, 1.3L DOHC VVT-i berkuasa 93hp dan tork 119Nm dengan opsyen transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan. Bagaimanapun pilihan warna sama seperti Myvi pasaran Malaysia, yakni 5 warna.

Spesifikasi lain ialah lampu depan LED boleh laras manual dan lampu kabus yang lengkap dengan kemasan krom serta turut dipasangkan sensor selekoh di sisi depan sebagai ciri baru yang biasanya ada pada kereta lebih premium.

BACA >>> Perodua Myvi (2018) - Kereta Bajet, Tapi Ada Ciri Premium Buat Indonesia Panasaran

daihatsu-sirion-2018-indo-18
daihatsu-sirion-2018-indo-17
daihatsu-sirion-2018-indo-9
daihatsu-sirion-2018-indo-10
daihatsu-logo

Lampu belakang kali ini jenis kombi LED, dipadankan dengan spoiler dan antena sirip yu. Melengkapkan penampilan Sirion (2018) ialah rim aloi 15-inci dua tona, manakala rupa kabin tidak berubah seperti Myvi dengan kemasan hitam dan perak.

Antara ciri keselamatan standard ditawarkan ialah dua beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Brek Automatik (BA), kerusi pautan ISOFIX, Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) dan Kawalan Traksi (TRC). 'Myvi Indonesia' ini turut dipasangkan kamera parkir, masukan tanpa kunci, punat mula-henti dan sambungan USB, termasuk Bluetooth sebagai ciri standard.

Berikut perbezaan spesifikasi dan harga antara Myvi dan Sirion:

  • Beg udara - MYVI: 4 beg udara (standard semua varian) | SIRION: 2 beg udara
  • Harga -  MYVI 1.3L X (AT): RM48,300;  MYVI 1.3L (MT): RM44,300 | SIRION 1.3L (AT): Rp193,500,000 (RM55,830); SIRION 1.3 (MT):  Rp182,500,000 (RM52,656)
GALERI

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Daihatsu, Daihatsu Sirion, Daihatsu Sirion (2018), hatchback, Myvi, Perodua, Perodua Myvi (2018), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev