EMFLUX Motors mendedahkan sportbike elektrik pertama, dinamakan Emflux One sempena Auto Expo 2018 yang cuma 499 unit dihasilkan, 199 unit untuk pasaran India dan selebihnya 300 unit lagi untuk dieksport.
Harga Emflux One standard ialah ₹6,00,000 (RM36,967) dan jika memilih tiga tahap naik taraf (suspensi Öhlins, rim aloi dan panel gentian karbon ultra ringan), harganya menjadi ₹11,00,000 (RM67,773). Penghantaran motosikal EV ini dijadualkan bermula April tahun depan.
BACA >>> Emflux Model 1 - Superbike Elektrik Pertama India, 0-100kmj Sepantas 3 saat
Pembangunan kuasa elektrik terdiri daripada pembuatan bateri, sistem pengurusan pembinaan (BMS), pengecas, pengawal motor dan motor untuk 2 dan 4 roda. Perolehan pendapatan pula dicapai menerusi penjualan motosikal prestasi premium dan pelesenan teknologi kepada mana-mana syarikat OEM, termasuk pembangunan solusi kustom.
200KM UNTUK CAS PENUH
Frem trelis menjadi rumah kepada komponen terbesar dan terberat, iaitu pek bateri 9.7kWh. Rekabentuk frem direka lebih ringan dan rigid bagi mencapai keupayaan dinamik optimum, manakala bateri litium-ion penyejukan cecair digabungkan dengan sel berkuasa tinggi Samsung.
Tugasan mengecas bateri diserahkan kepada unit Emflux Warp yang mampu mengecas hingga 80 peratus dalam tempoh 36 minit. Jika pengecas standard 15A, masa diperlukan untuk cas penuh ialah tiga jam. Jarak tunggangan dalam bandar mampu pergi sejauh 200km, dan lebuh raya (150km) pada kelajuan 80kmj.
BACA >>> MotoGP Sah Anjur MotoE 2019 - Perlumbaan Motosikal Elektrik Guna Jentera Energica EvoGP
Kuasa bateri tiga fasa Emflux motor induksi AC penyejukan cecair menghasilkan kuasa kuda 60kW (dihadkan kepada 53kW, 71hp) dan tork 84Nm (dihadkan kepada 75Nm). Motor elektrik digabungkan dengan transmisi pacuan terus dan hantaran kuasa ke roda menggunakan pacuan rantai. Pecutan 0-100kmj boleh dicapai sepantas 3 saat dengan pecutan maksimum 200kmj.
Emflux One dilengkapi skrin sentuh 6.8-inci dengan navigasi GPS, Bluetooth, WiFi, Sistem Perisian 4G - Emflux Learning OS V1.0. Tidak ketinggalan dua saluran ABS sebagai standard, suspensi terbalik (USD) 43mm dan unit monoshock di belakang. Versi lebih tinggi pula menerima USD Öhlins boleh laras dan unit monoshock di belakang.
GALERI
Leave a Reply