• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Triumph Speed Triple S dan RS (2018) Kini Lebih Canggih, Berkuasa

Triumph Speed Triple S dan RS (2018) Kini Lebih Canggih, Berkuasa

February 7, 2018 By ZY Leave a Comment

111
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA baik buat peminat Triumph yang ternanti-nanti model streetfighter 1000cc terbaharu jenama itu. Speed Triple (2018) baru saja didedahkan awal minggu ini dan didatangkan dengan enjin lebih berkuasa bersama pelbagai penambahbaikan terkini.

Tampil dalam dua varian, S dan RS, Speed Triple (2018) masih mengekalkan enjin 3-silinder 1050cc seperti model terdahulu. Rombakan dilakukan pada 105 komponen yang memberikan peningkatan kuasa kira-kira 10hp lebih tinggi, iaitu 148hp pada 10,500rpm dan tork 117Nm seawal 7,500rpm. Tidak seperti Street Triple (2017), naik taraf enjin ini dikongsi kedua-dua varian.

BUKAN HANYA PRESTASI

Pandulaju-2018-Speed-Triple-5
Pandulaju-2018-Speed-Triple-5a

Tidak terhad prestasi, kedua-dua varian juga diberikan pelbagai ciri naik taraf terkini seperti panel meter TFT 5-inci, seperti diperkenalkan Street Triple 765 sebelum ini, berserta unit suis dan kawalan berlampu.

Speed Triple RS (2018) diperhebatkan dengan suspensi Öhlins, penghidup tanpa kunci, unit unjuran inersia (IMU) bagi kawalan traksi sudut miring (lean-angle sensitive traction control) dan ABS belok (cornering ABS). Tidak ketinggalan, soket pengecas USB, yang kini sudah jadi seakan ciri wajib untuk motosikal masa kini.

BACA >>> #Videotomotif: Teaser Kedua Triumph Speed Triple (2018) Didedahkan

Speed Triple RS turut didatangkan dengan ekzos titanium Arrow dan panel badan gentian karbon dengan berat badan (kering) keseluruhan cuma 189kg, lebih ringan 3kg berbanding varian S.

Pandulaju-2018-Speed-Triple-1a
Pandulaju-2018-Speed-Triple-3
Pandulaju-2018-Speed-Triple-4
Pandulaju-2018-Speed-Triple-7

HARGA, TARIKH PELANCARAN?

Belum ada senarai harga didedahkan. Manakala masa pelancaran di pasaran tempatan juga tidak dimaklumkan. Jadi harap sabar menanti. Spesifikasi dan maklumat lanjut boleh layari laman rasmi Triumph Motorcycle.

VIDEO

Related

111
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: motosikal, roda2, Speed Triple, streetfigher, Triumph, Triumph Speed Triple (2018)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev