• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #TunggangUji: Kawasaki Ninja 650 ABS + Petron Blaze RON100 = Memang Terbaik!

#TunggangUji: Kawasaki Ninja 650 ABS + Petron Blaze RON100 = Memang Terbaik!

February 9, 2018 By Abang GYL 2 Comments

594
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ABANG sudah tunggang uji banyak motosikal, tetapi belum pernah sekalipun isi minyak Petron Blaze RON100. Bukan apa, setiap kali ambil motosikal untuk ditunggang uji, tangki minyak sudah penuh diisi. Sehinggalah baru-baru ini abang menerima jemputan Petron Malaysia bersama rakan media lain untuk menguji kecekapan bahan api Petron Blaze RON100 dari Kuala Lumpur ke Utara tanah air, Pulau Pinang.

Menurut jemputan berkenaan, kami perlu menunggang motosikal berkuasa 500cc dan ke atas, dan tanpa berfikir panjang, abang terus pilih Kawasaki Ninja 650 ABS sebagai peneman. Kenapa? Antara faktor utama yang buat abang pilih motor ini adalah komen daripada rakan media lain yang cakap sportbike ini mudah ditunggang selain lincah di jalanan.

BACA >>> #TunggangUji: Suzuki GSX250R (2018), Jentera Urban Serba Boleh

Memandangkan abang pun belum sempat hendak bawa motor ini, sekarang tibalah masa untuk membuktikan cakap-cakap mereka. Berbeza tunggang uji biasa, sesi kali ini memerlukan abang mengosongkan tangki dan mengisi minyak Petron Blaze RON100 ke dalam perut Ninja hijau itu.

Sebelum berkongsi pengalaman tentang jentera ini, lebih baik kita lihat dulu apa yang abang suka pasal Ninja 650 ABS.
tunggang uji kawasaki ninja 650 abs

RINGKAS TAPI MENARIK

Bermula rupa keseluruhan, rekaan Kawasaki Ninja 650 ABS ini tampak ringkas tetapi padat. Apatah lagi ketika menunggang, memang nampak lincah dan gah.

Padanan warna hijau dan hitam membuatkan penampilan motosikal ini kelihatan lebih garang. Begitu juga kehadiran panel meter yang memaparkan beberapa maklumat penting seperti posisi gear dan skrin digital yang menunjukkan kelajuan jentera. Tidak susah, sekali pandang sudah boleh buat kita faham. Mudah saja.

Apa yang membuatkan lebih menarik adalah lampu belakang LED bentuk X. Malah, Ninja 650 ABS turut dilengkapi sistem ABS dengan suspensi depan menggunakan fork teleskopik bersaiz 41mm. Suspensi belakang pula menggunakan back-link.

BACA >>> #RetroAuto: Asal Usul Hijau yang Kini Jadi Warna 'Trademark' Kawasaki

Tunggang Uji Kawasaki Ninja 650 ABS_PanduLaju (20)
Tunggang Uji Kawasaki Ninja 650 ABS_PanduLaju (12)
Tunggang Uji Kawasaki Ninja 650 ABS_PanduLaju (8)
Tunggang Uji Kawasaki Ninja 650 ABS_PanduLaju (5)
Tunggang Uji Kawasaki Ninja 650 ABS_PanduLaju (17)

ENJIN LANCAR & SEDAP DITUNGGANG

Kawasaki Ninja 650 ABS dipadankan enjin kembar selari, penyejukan cecair, DOHC dan bersesaran 649cc. Hasilnya, ia mampu menghasilkan kuasa setinggi 66hp dan tork puncak 65.7Nm. Berbanding versi terdahulu, model ini adalah lebih ringan kerana menggunakan frem baharu. Faktor ini juga membuatkan Ninja ini senang ditunggang.

Hasil gabungan minyak Petron Blaze RON100, abang dapat merasakan daya tujahan yang lebih berkuasa dan responsif. Ketika terotel dipulas, dengan pantas juga hantaran kuasa dihamburkan hingga mencecah kelajuan diingini.

Ninja 650 ABS mampu memecut hingga kelajuan 180kmj tanpa sebarang masalah, manakala penggunaan minyak juga menjimatkan. Bermula dari Selayang hingga ke Ipoh, tangki minyak masih ada baki.

Jika anda tidak tahu, minyak Petron Blaze RON100 dirumuskan daripada Tri-Activ yang mampu memberikan kuasa, perlindungan enjin dan lebih kilometer. Kandungan oktana tinggi dalam Blaze turut menawarkan tindak balas enjin yang hebat selain mengekalkan penjimatan bahan api tinggi. Dalam erti lain, RON100 memberikan lebih peningkatan kuasa dan penjimatan bahan api berbanding RON97.

Bagaimanapun, terasa sedikit gegaran apabila menunggang pada kelajuan tinggi hingga menyebabkan tangan abang kebas sepanjang jalan ke Pulau Pinang.

BACA >>> #RetroAuto: Inilah Sebab Ada 'Ninja' dalam Kawasaki

PILIH KAWASAKI NINJA 650 ABS?

Kepada anda yang baru memiliki lesen 'besar' dan masih tercari-cari motosikal pertama, Ninja 650 ABS ini boleh dimasukkan dalam senarai pilihan. Dengan harga jualan bermula RM37,189, abang boleh anggap pembelian sportbike ini memang berbaloi. Bukan saja memiliki paras rupa macho, malah juga sedap ditunggang.

Lagi satu, abang juga akui ada perbezaan ketara dirasai sekiranya kita menggunakan bahan api Petron Blaze RON100. Masih tidak percaya? Ambil kunci dan isi Petron Blaze RON100 sekarang. Lepas itu naik Genting Highlands. Anda pasti akan rasa teruja dek penangan Petron Blaze RON100.

GALERI
tunggang uji kawasaki ninja 650 abs
tunggang uji kawasaki ninja 650 abs

Related

594
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji, Roda2 Tagged With: bawa kawasaki ninja 650 abs, harga kawasaki ninja 650 abs, harga ron100, Kawasaki, kawasaki ninja 650 abs malaysia, Petron Blaze RON100, Petron Malaysia, roda2, Tunggang Uji, tunggang uji kawasaki ninja 650 abs

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev