• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pelanggan Ingress Auto Puchong Dibawa Pandu Uji BMW ke Bukit Tinggi

Pelanggan Ingress Auto Puchong Dibawa Pandu Uji BMW ke Bukit Tinggi

February 5, 2018 By Han Othman Leave a Comment

284
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA pelbagai cara dilakukan pengedar automotif untuk menarik perhatian pelanggan potensi masing-masing daripada mula melangkah kaki masuk hingga keluar dari bilik pameran, termasuk memberikan layanan mesra sama ada di talian telefon atau kaunter melayan tetamu. Tidak kurang pula menyediakan kemudahan bilik pameran dan pusat servis yang selesa.

Semua layanan di atas sudah pun dilakukan Ingress Auto Puchong, tetapi apa yang lebih istimewa dibuat wakil pengedar BMW Malaysia itu adalah mengadakan trip pandu uji khas buat pelanggan potensi mereka. Sesi khas itu pula bukanlah sekadar memandu keluar dari bilik pameran, pusing sekitar kawasan berhampiran dan balik semula. Sebaliknya, pelanggan diajak berkonvoi dengan memandu sendiri BMW idaman mereka ke Bukit Tinggi.

BACA >>> Ingress Auto Tawar Pandu Uji BMW 530e Sport, Sasar Jualan Model Hibrid 320 Unit

Sebanyak enam model BMW menyertai sesi pandu uji berkenaan, terdiri daripada 330e M Sport, 530i M Sport, 530 eSport, X1, X5 xDrive40e M Sport, 318i Luxury, dan sedan hibrid plug-in elektrik (PHEV) terbaharu, 530e Sport. Setiap pelanggan diberikan seunit BMW untuk dipandu sendiri. Ada yang datang sendirian, bersama rakan dan ada pula membawa ahli keluarga. Saya dan rakan media dari ArenaPermotoran pula berkongsi BMW 318i Luxury untuk ikut sama berkonvoi.

PANDU UJI KE BUKIT TINGGI

ingress-auto-puchong-bwm-test-040218-2
ingress-auto-puchong-bwm-test-040218-6
ingress-auto-puchong-bwm-test-040218-11

Selepas mendaftarkan diri dan bersarapan, pelanggan diberikan taklimat ringkas tentang pemanduan selamat dan etika berkonvoi oleh pegawai teknikal BMW. Kami mula bergerak sekitar jam 9 pagi dalam keadaan trafik sederhana sesak. Siri pertama pandu uji adalah dalam bandar sebelum bertukar pemandu di stesen petrol BHP, tidak jauh dari  tol Gombak.

Melepasi tol Gombak, trafik mula lancar dan masing-masing dibenarkan memandu laju untuk menguji kuasa pecutan dan tahap kesenyapan dalam kabin ketika memecut dalam kelajuan tinggi. Sebaik saja memasuki laluan menuju Bukit Tinggi, pemandu berpeluang pula menguji tahap pengendalian jentera BMW idaman mereka ketika mengambil selekoh, termasuk merasai daya tork apabila cuba mendaki jalan berbukit.

BACA >>> 8 Fakta Pantas Tentang BMW 530e Sport - Teknologi eDrive, Harga RM343,800

Peserta konvoi tiba sekitar jam 10:30 pagi di kawasan parkir Bukit Tinggi yang berlatarkan bangunan perkampungan zaman pertengahan di Eropah. Melihat pemandangan cukup cantik itu memang membuatkan pelanggan tidak mahu melepaskan peluang bergambar di sisi BMW yang dipandu masing-masing.

Selepas sesi bergambar solo dan berkumpulan, pelanggan diajak minum kopi di sebuah restoran Perancis di dalam kota peranginan di situ. Selepas sejam bersembang, kami pula mula bergerak pulang ke ibu kota dan sampai di Ingress Auto Puchong lebih kurang jam 2 petang untuk makan tengah hari. Lebih menarik, pelanggan yang membuat pembelian pada sesi pandu uji tersebut turut diberikan tawaran istimewa yang pasti membuatkan mereka sukar melepaskan peluang keemasan itu.

BERIKAN PENGALAMAN SEBENAR

ingress-auto-puchong-bwm-test-040218-13
ingress-auto-puchong-bwm-test-040218-19
ingress-auto-puchong-bwm-test-040218-14
ingress-auto-puchong-bwm-test-040218-22
ingress-auto-puchong-bwm-test-040218-23

Pendapat kami pula secara peribadi, apa dilakukan Ingress Auto Puchong itu adalah pendekatan bukan konvensional yang pastinya bertepatan dengan reputasi BMW sebagai jenama automotif yang bukan saja mementingkan kemewahan, tetapi juga prestij pemanduan.

Malah, laluan sepanjang konvoi cukup untuk memberikan input dan fiil kepada pelanggan bagi menilai kemampuan kereta idaman mereka itu dari segi prestasi pemanduan dalam bandar, lebuh raya dan laluan berbukit, termasuk tahap penggunaan bahan api selain memandu dalam pelbagai mod pemanduan. Malah, bagi model PHEV seperti 530 eSport, pelanggan disuruh memandu menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya sepanjang perjalanan. Menarik!

BACA >>> Pusat BMW i Pertama Di Malaysia

Jika anda orang berduit yang mengidamkan BMW, anda patut masukkan Ingress Auto Puchong dalam senarai bilik pameran terbaik jenama itu.

GALERI

Related

284
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autotainment, BMW, Bukit Tinggi, Ingress Auto Puchong, Joy of Driving, Pandu uji, pandu uji Ingress Auto Puchong

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev