• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lagi Sportbike 150cc Mahu Keluar, Suzuki GSF 150 Bandit Buat Indonesia Pening

Lagi Sportbike 150cc Mahu Keluar, Suzuki GSF 150 Bandit Buat Indonesia Pening

January 26, 2018 By Aryon 3 Comments

2.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KALAU di Indonesia, memilih sportbike 150cc memang boleh buat kepala pening. Setiap pengeluar di sana bukan hanya ada satu jenis model saja yang bersesaran sama, tetapi banyak. Honda misalnya ada 7 model 150cc, Yamaha pula ada 5 model, manakala Suzuki 3 model yang akan ditambah lagi satu model.

Suzuki Indomobil Sales (SIS) divisyen R2 khabarnya akan membawa masuk famili baharu sportbike 150cc jenama itu - Suzuki GSF 150 Bandit.

SAMA CC, BANYAK MODEL

SUZUKI GSX-S150

Pasaran segmen 150cc yang cukup besar di republik itu memaksa pengeluar motosikal di sana berebut-rebut memperkenalkan pelbagai model dalam aneka rekabentuk dan gaya. Suzuki ketika ini sudah pun memiliki GSX 150 Series S (fairing) atau R (naked) dan GSX-S150 (gambar atas). GSF 150 Bandit pula menurut Suzuki Indomobil Sales (SIS) tidak akan mengacau pasaran saudara lain, terutama saudara sebayanya, GSX-S150.

BACA >>> Harga Suzuki SV650X Diumumkan - £5,999 (RM32,765)

Menurut SIS lagi, rekabentuk dan ciri GSF 150 Bandit adalah berbeza dengan GSX-S150. Khabarnya rekabentuk pelana GSF 150 Bandit adalah bersambung dan tidak terpisah seperti GSX-S150. Setakat ini tidak diketahui sama ada GSF-150 Bandit akan diletakkan di bawah atau atas GSX-S150.

SUZUKI GSF1200 BANDIT

Namun kehadiran model itu langsung mengingatkan kita kepada salah satu model Bandit terakhir yang masuk ke Indonesia, iaitu Suzuki Thunder 250. Penampilan GSF 150 Bandit kali ini tampil berani dengan prestasi memberangsangkan. Kata SIS, GSX-S150 lebih bercirikan sportbike fairing, manakala GSF 150 Bandit menampilkan gaya tunggangan lebih relaks seperti jentera touring.

Malah, label Bandit sendiri juga cukup sinonim nama siri Suzuki GSF. Bandit atau GSF kali pertama dihasilkan pada 1989 menerusi Suzuki GSF250 berenjin 248cc penyejukan cecair. Varian Suzuki Bandit @ GSF cukup banyak, selain GSF250 sendiri, Suzuki ada GSF400, GSF600, GSF650, GSF750, GSF1200 (lihat gambar), hingga yang paling tinggi, GSF1250.

Kehadiran Suzuki GSF 150 Bandit ada sebagai adik paling kecil dalam siri GSF. Memang penuh kejutan, kerana SIS memilih menambahkan variasi model 150cc. Namun tentunya kehadiran model itu akan menyemarakkan persaingan dalam segmen serba sengit tersebut. Jelas pilihan semakin sukar.

Oh, gambar utama bukan versi sebenar. Kenalah sama-sama tunggu hari pelancaran.

Apapun, Yamaha FZ150i kekal tak terkalah di Malaysia selama bertahun-tahun lamanya. Syabas!

SUMBER: AutoNetMagz

Related

2.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, roda2, Suzuki, Suzuki GSF 150 Bandit, Suzuki Indomobile

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev