• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Harga Suzuki SV650X Diumumkan – £5,999 (RM32,765)

Harga Suzuki SV650X Diumumkan - £5,999 (RM32,765)

December 26, 2017 By Aryon 1 Comment

FacebookTwitter


SUZUKI SV650X ditayangkan kepada umum pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2017, November lalu dengan mengambil ilham rekabentuk daripada kereta lumba Kejuaraan Rali Tarmac era 1970-an, dan sentuhan café racer.

Kini paling terbaharu, Suzuki mengumumkan harga SV650X yang akan dijual pada £5,999 (RM32,765).

Antara pembaharuan ditampilkan Suzuki SV650 versi X bagi musim 2018 ini ialah suntikan elemen 'neo-retro' dengan fairing bikini, filem gelap, pelana rusuk, dan bar clip-on. Jentera ini juga dibekalkan fork boleh laras prabeban, sama seperti model basis SV650 (2018).

BACA >>> #EICMA2017: Suzuki SV650X Jadikan Kereta Rali Sebagai Ilham

Walaupun lebih mahal £300 (RM1,638) berbanding SV basis, tetapi nilai jualan masih dalam julat harga café racer tipikal. Sebagai contoh, Triumph Street Cup berharga £8,800 (RM48,063), manakala Ducati Scrambler Café Racer, £9,395 (RM51,313). Malah, harga tersebut masih dalam kategori standard bajet pertengahan yang mana Kawasaki Z650 dan Yamaha MT-07 berharga £6,199 (RM33,857).

SV650X dijana enjin 645cc V-twin berkuasa 76hp, lebih bertenaga berbanding MT-07 (74.8hp) dan Z650 (68hp). Siapa sudah berminat dengan motosikal serba berotot ini?

GALERI

suzuki-sv650x-2018-1
suzuki-sv650x-2018-2
suzuki-sv650x-2018-3
Suzuki SV650X EICMA 2017.07
suzuki-sv650x-2018-4
suzuki-sv650x-2018-5
suzuki-sv650x-2018-6
suzuki-sv650x-2018-7
suzuki-sv650x-2018-8
suzuki-sv650x-2018-9

SUMBER: VisorDown

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Cafe racer, Harga, harga Suzuki SV650X, motosikal, roda2, Suzuki, Suzuki SV650X

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
    Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my