• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda - Kereta Import Nombor 1 Malaysia, Tahun Ketiga Berturut-Turut

Honda - Kereta Import Nombor 1 Malaysia, Tahun Ketiga Berturut-Turut

January 23, 2018 By Han Othman 1 Comment

371
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia mengekalkan dominasi sebagai pengeluar automotif bukan nasional nombor satu Malaysia buat tahun ketiga berturut-turut, dan pada masa sama mengungguli kedudukan kedua sebagai jenama kenderaan paling laris negara ini. Lebih membanggakan, semua model pemasangan tempatan (CKD) Honda menamatkan musim 2017 sebagai peneraju pasaran dalam segmen masing-masing.

Sepanjang 2017, Honda Malaysia meraih rekod jualan 109,511 unit kenderaan, sekali gus mencatatkan rekod tertinggi sepanjang sejarah penubuhan syarikat itu di Malaysia sejak 2003. Malah, Honda Malaysia juga buat kali pertama mencapai angka jualan lebih 100,000 unit kenderaan, dan menjadi satu-satunya jenama bukan nasional di Malaysia yang mampu memecahkan angka keramat enam digit itu.

BACA >>> Perodua Jual 204,900 Unit Kereta Sepanjang 2017, Mahu Kuasai 35 Peratus Pasaran 2018

KUASAI 19 PERATUS PASARAN MALAYSIA

honda city facelift
honda-br-v-2017_pandulaju-54
Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia_PanduLaju (3)

Secara keseluruhan sepanjang 14 tahun lalu, Honda Malaysia berjaya menjual lebih 730,000 unit kenderaan pelbagai model kepada rakyat Malaysia. Walaupun situasi pasaran 2017 agak mencabar, Honda Malaysia masih mampu merekodkan jualan tertinggi dengan 11,221 unit kenderaan terjual sepanjang Disember tahun lalu.

Keseluruhan jualan 2017 meningkatkan 19 peratus berbanding 91,830 unit pada 2016. Jika mengambil kira kek pasaran, Honda Malaysia kini menguasai 19 peratus pasaran automotif negara ini, juga pencapaian terbaik pernah dirangkul pengeluar dari Jepun itu.

CITY PALING LARIS

Pada 2017, Honda Malaysia melancarkan 6 model baharu, iaitu BR-V, City, Jazz dan Jazz Hybrid, City Hybrid, CR-V dan Civic Type-R serba baharu. Model Honda paling laris 2017 dengan peratusan jualan ialah:

  • City (27 peratus)
  • HR-V (17 peratus)
  • BR-V (16 peratus)
  • Civic (14 peratus)

Dalam segmen Hybrid, model Jazz Hybrid dan City Hybrid menyumbang 2 peratus kepada jualan keseluruhan Honda Malaysia walaupun baru 4 bulan berada di pasaran.  Malah dua model hibrid itu mengungguli pasaran  segmen hibrid tempatan mengatasi pesaing lain.

BACA >>> Honda BR-V Sudah 'Sailang' Segmen MPV Kompak, Bilakah Pengganti Perodua Alza?

Honda Malaysia turut meluaskan pasaran di Malaysia Timur sepanjang 2017 dengan menyumbang lebih 7,500 unit kepada jualan keseluruhan yang menyaksikan peningkatan 33 peratus berbanding 2016. Model paling laris di sana pula ialah BR-V.

Related

371
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda City, Honda Malaysia, jualan Honda Malaysia 2017, kereta import, kereta import Malaysia, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev