SEPANJANG sejarah perlumbaan Kejuaraan Dunia MotoGP, ada satu perkara boleh pelumba ubah selain jentera itu sendiri, iaitu gaya tunggangan.
Setiap penambahbaikan gaya tunggangan mampu mengerah potensi jentera ke tahap maksimum. Walaupun nampak sama saja jika dilihat dari jauh, faktanya setiap pelumba ada gaya tunggangan tersendiri.
BACA >>> Syarat Baru MotoGP 2018 - Semua Pelumba Wajib Pakai Sut Beg Udara
Pelumba Finland, mendiang Jarno Saarinen, misalnya, adalah pelumba pertama yang menggunakan gaya 'hang off'dengan melunjurkan lutut ketika membelok sekitar awal 1970-an. Lihatlah video di atas bagaimana pelumba sebelum era Jarno Saarinen membuat gaya tunggangan 'hang-off'. Semuanya membelok secara menegak.
Sekarang bandingkan dengan gaya tunggangan Saarinen dalam video di atas. Perhatikan bagaimana beliau memyengetkan sedikit pinggulnya setiap kali mengambil selekoh.
Gaya tunggangan itu kemudian ditiru dan dipopularkan juara dunia, Kenny Roberts (video atas). Malah, beliau mengimprovisasi gaya tunggangan tersebut dengan merendahkan lutut hingga mencecah trek untuk menganggarkan had condong ketika membelok pada kelajuan tinggi.
Seiring kemajuan teknologi terkini seperti pembuatan brek dan tayar yang semakin berkualiti, serta kehadiran unit bantuan tunggangan elektronik, pelumba-pelumba era moden seperti Valentino Rossi, Casey Stoner atau Marc Marquez mampu mengubah gaya tunggangan mereka ke tahap lebih tinggi sepanjang masa supaya sebati dengan jentera masing-masing.
Anda pasti perasan, setiap pelumba disebutkan itu memiliki gaya tunggangan yang unik dan tersendiri.
BACA >>> #RetroAuto: Kenny Roberts - Pelumba GP Legenda yang Cipta Skil Seret Lutut
Apakah perbezaan setiap jentera MotoGP seperti Yamaha, Honda, Ducati ataupun Suzuki dalam mempengaruhi gaya tunggangan penunggang? Sekarang kita selesaikan persoalan itu dengan menonton video berdurasi 3:17 minit di bawah ini:
SUMBER: MOTUL YouTube
Leave a Reply