• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Veloster N Lebih Bagus, VW Golf GTI 'Tidak Cukup Trek' - Bos Hyundai N

Veloster N Lebih Bagus, VW Golf GTI 'Tidak Cukup Trek' - Bos Hyundai N

January 22, 2018 By Han Othman 2 Comments

298
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLKSWAGEN Golf GTI tidak cukup 'trek', mungkin itulah yang dimaksudkan Ketua Divisyen N Hyundai, Albert Biermann ketika ditemui wartawan dalam acara previu Veloster N sempena Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2018 di Detroit, Amerika Syarikat (AS).

Biermann nampaknya begitu yakin bahawa barisan produk N yang dihasilkan divisyen prestasi Hyundai itu mampu mencabar barisan hatchback prestasi Volkswagen seperti Golf GTI yang kerap digembar-gemburkan sebagai hot-hatch terbaik dunia.

BACA >>> Hyundai Veloster (2019) Serba Baharu Tampil Lebih Mengancam

Menurut Biermann, Golf GTI memang kereta yang bagus, tetapi tidak cukup bagus di trek. Sebaliknya, Veloster standard dan Veloster N baharu dihasilkan berasaskan pemanduan trek.

VELOSTER N LEBIH SERONOK DIPANDU

“Katanya, GTI sesuai untuk pemanduan trek, tetapi jika kamu pandu GTI standard, ia tidak seperti itu. Dengan N kami jelas mahu jadi lebih sesuai untuk pemanduan trek, dan berikan ia lebih karakter. Paling penting, jadikan ia lebih seronok dipandu," kata Biermann, berterus-terang.

Secara lebih spesifik, Biermann mendakwa Golf GTI 'punah' selepas dipandu beberapa pusingan trek dan apabila ditanya apakah yang 'punah', bekas orang kuat BMW itu berkata, 'semuanya'.

BACA >>> #Spyshot: Foto Volkswagen Golf Mk7 Facelift Sudah Bocor

Bagaimana, Pengarah Urusan Volkswagen di Australia, Michael Bartsch menyifatkan kenyataan bikin panas Biermann itu sebagai 'sampah' (rubbish) dan 'syok sendiri' kerana produk N pun belum teruji di pasaran

Perang mulut antara dua eksekutif tinggi dalam dunia automotif sangat jarang berlaku. Apapun, masing-masing pengeluar akan menganggap produk masing-masing sebagai terbaik. Apapun, kenyataan berani Biermann itu jelas menunjukkan keyakinan tinggi beliau dan pasukannya tentang barisan prestasi N.

HYUNDAI VELOSTER N
Hyundai-Veloster-N-2019-1
Hyundai-Veloster-N-2019-2
Hyundai-Veloster-N-2019-3
Hyundai-Veloster-N-2019-4
Hyundai-Veloster-N-2019-5
Hyundai-Veloster-N-2019-6
Hyundai-Veloster-N-2019-7
VOLKSWAGEN GOLF GTI
2017-vw-golf-gti-1
2017-vw-golf-gti-2
2017-vw-golf-gti-3
2017-vw-golf-gti-4
2017-vw-golf-gti-5
2017-vw-golf-gti-6

Related

298
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Albert Biermann, Auto Terkini, hyundai, Hyundai N, Hyundai Veloster N, NAIAS 2018, Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2018, Roda4, Volkswagen, Volkswagen Golf GTI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev