• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ingress Auto Tawar Pandu Uji BMW 530e Sport, Sasar Jualan Model Hibrid 320 Unit

Ingress Auto Tawar Pandu Uji BMW 530e Sport, Sasar Jualan Model Hibrid 320 Unit

January 20, 2018 By Han Othman 1 Comment

63
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW Group Malaysia beberapa hari lalu baru saja melancarkan model 530e Sport untuk pasaran Malaysia yang pertama kali dilengkapi ciri hibrid  dengan teknologi eDrive. Jika anda berminat, jangan lepaskan peluang mengunjungi wakil pengedar sah BMW, Ingress Auto untuk menikmati sesi pandu uji khas sedan terbaharu itu.

BACA >>> 8 Fakta Pantas Tentang BMW 530e Sport - Teknologi eDrive, Harga RM343,800

Fakta Pantas Tentang Ingress Auto:
ingress-auto-puchong-bmw-6
ingress-auto-puchong-bmw-4
ingress-auto-puchong-bmw-5
  • Ingress Auto ialah wakil pengedar sah BMW di Malaysia, yang juga anak syarikat milik Ingress Corporation Berhad dan turut mengedar model MINI.
  • Ada dua cawangan Ingress Auto sekitar Lembah Klang: Damansara dan Puchong.
  • Kedua-dua cawangan Ingress Auto di Puchong dan Damansara adalah bercirikan 4S (jualan, servis, alat ganti dan baik pulih kenderaan).
  • Sepanjang 2017, premis milik Bumiputera itu mencatatkan rekod jualan keseluruhan 1,505 unit BMW pelbagai model.
  • Ingress Auto Puchong sepanjang tahun lalu mencatatkan jualan keseluruhan 311 unit, yang mana 128 unit ialah model hibrid, BMW 330e (58 unit) dan BMW X5 plug-in Hybrid (70 unit).
  • Tahun ini Ingress Auto merancang membuka pusat baik pulih kenderaan atas tapak berkeluasan 1 ekar sekitar Puchong bagi menampung permintaan tinggi pelanggan BMW.
Fakta Pantas Tentang BMW 530e Sport:
BMW 530e Sport
BMW 530e Sport
BMW 530e Sport
  • BMW 530e hanya ditawarkan dalam satu varian - Sport Line.
  • Harga atas jalan RM343,800, tidak termasuk insurans, lebih murah RM50,000 berbanding 530i (RM389,000).
  • Setiap pembelian diberikan waranti 5 tahun dengan perbatuan tanpa had, termasuk penyenggaraan percuma mengikut jadual selama 5 tahun dan waranti tayar 2 tahun.
  • BMW 530e dijanakan enjin petrol 4-silinder B48 2.0L pengecas turbo berkuasa 184hp pada 5,000-6,500rpm dan tork 290Nm (1,350-4,250rpm). Bantuan motor elektrik memberikan kuasa 113hp, dan tork 250Nm.
  • Kuasa keseluruhan BMW 530e ialah 252hp dan tork 420Nm, hampir menyamai kuasa 530i dengan tork 70Nm lebih berkuasa.
  • Ada 5 pilihan warna badan ditawarkan: Bluestone Metallic (biru kusam), Mediterranean Blue (biru gelap), Alpine White (putih), Black Sapphire (hitam) dan Glacier Silver (perak). Upholsteri pula menampilkan 2 kemasan warna: Black (hitam) dan Cognac (coklat keperangan). 
  • Sama model BMW iPerformance lain di Malaysia seperti 330e M Sport, X5 xDrive 40e, dan 740Le, pelanggan yang membeli 530e Sport akan diberikan akses percuma tanpa had sepanjang tahun untuk servis mobiliti ChargeNow menerusi platform ChargEV.
  • Pelanggan turut dibekalkan kabel mengecas pantas, BMW i AC Fast Charging Cable secara percuma.

SASAR JUALAN 320 UNIT


Ketua Jualan Ingress Auto Puchong, Zaidi Hazral Abdul Hadi (gambar atas) berkata, Ingress Auto Puchong tahun ini mensasarkan peningkatan jualan keseluruhan 320 unit berikutan pengenalan model terbaru, BMW 530e Sport.

"Rata-rata pelanggan yang datang beli kenderaan BMW jenis hibrid ini bukan hanya tertarik dengan ciri teknologi terkini, dan penjimatan bahan api, tetapi juga prestasi yang ditawarkan pada harga menarik," katanya ketika ditemui pada majlis pengenalan BMW 530e di Ingress Auto Puchong.

Kempen pengenalan dan penerangan teknikal tentang BMW 530e itu dibuat bermula Jumaat lalu hingga Ahad ini di Ingress Auto Puchong dan turut diadakan di bilik pameran cawangan Damansara.

Related

63
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bilik pameran, BMW, BMW 530e Sport, BMW Malaysia, Ingress Auto, Ingress Auto Puchong, Pusat 4s, Roda4, sedan mewah, Zaidi Hazral Abdul Hadi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev