• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tidak Percaya Tesla 'Power', Ferrari Rancang Hasilkan Supercar Elektrik

Tidak Percaya Tesla 'Power', Ferrari Rancang Hasilkan Supercar Elektrik

January 19, 2018 By Han Othman 2 Comments

62
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMINAT setia Ferrari mungkin akan bermimpi ngeri selepas mendengar berita terbaru ini.

Pengeluar kereta sport dari Itali itu khabarnya baru saja memaklumkan sedang bekerja keras menyiapkan SUV pertama yang bakal diperkenalkan selewat-lewatnya penghujung 2019 atau awal 2020. Tetapi itu bukanlah berita baharu kerana ramai sudah pun mengetahuinya.

Apa yang mendebarkan adalah idea tentang kemungkinan SUV itu dihasilkan dalam bentuk kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya. Bercakap kepada wartawan di Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2018 di Detroit, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ferrari, Sergio Marchionne berkata;

"Jika ada supercar elektrik dibuat, Ferrari akan jadi yang pertama. Orang ramai kagum apa dilakukan Tesla dengan supercar. Saya tidak cuba untuk merendahkan apa Elon (Musk) buat, tetapi saya fikir semua itu boleh dilakukan kami."

Kenyataan Marchionne itu sudah tentu merujuk kepada Tesla Roadster baharu yang dikatakan mampu memecut 0-100kmj sepantas 1.9 saat. Jadi, mungkin Ferrari mahu menguji dan mencabar fakta itu sendiri. Namun fakta yang betul, Ferrari bukanlah supercar elektrik pertama.

BACA >>> 5 Fakta Perlu Anda Tahu Tentang Tesla Roadster - 0-100kmj Sepantas 1.9 Saat, Tork 10,000Nm!

UMUM KERETA HIBRID TAHUN INI

Ferrari turut berkongsi perancangan baharu yang akan diumumkan pada separuh penggal pertama tahun ini. Pengenalan model hibrid adalah sebahagian daripada perancangan tersebut. Menurut Ferrari, apabila model hibrid berjaya dihasilkan, proses pembuatan kereta elektrik akan jadi lebih mudah.

Sedikit tentang Marchionne. Beliau sebelum ini dikenali sebagai CEO yang agak skeptikal terhadap enjin alternatif dan teknologi baharu. Tetapi sekarang tidak lagi apabila beliau berpendapat situasi masa kini adalah masa yang tepat untuk peralihan industri. Beliau juga percaya menjelang 2025, jualan kereta yang dikuasakan enjin pembakaran dalaman akan berkurangan lebih daripada separuh.

Entahlah betul atau tidak kenyataan Marchionne. Apa yang didambakan, Malaysia masih aman!

Related

62
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Ferrari, Ferrari EV, Ferrari LaFerrari, Roda4, Sergio Marchionne, SUV, Tesla

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev