• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / 7 Fakta Pantas Tentang Yamaha MT-09 Facelift (2018) - Harga RM47,388

7 Fakta Pantas Tentang Yamaha MT-09 Facelift (2018) - Harga RM47,388

January 12, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMALAM kami ada membuat ramalan tentang kehadiran model baharu Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) ke pasaran tempatan. Tekaan kami memang mengena, memang betul model MT-09, tetapi bukan versi SP, sebalik cuma versi dipertingkat (facelift) yang diberikan beberapa pembaharuan untuk prestasi tunggangan lebih dinamik.

Semua sudah baca berita pelancaran, sekarang kami ringkaskan apa yang dibaca itu kepada 7 fakta pantas yang perlu anda tahu tentang Yamaha MT-09 facelift:

1. SISTEM QUICKSHIFTER (QS) membolehkan anjakan gear dibuat lancar. Sistem QS akan aktif apabila rod tuil anjakan (shift lever) mengesan pergerakan pada tuil anjakan, sekali gus sistem ECU mematikan kuasa tork pada gear buat seketika. Dalam bahasa mudah, QS membolehkan gear ditukar agresif tanpa menyebabkan roda belakang terkunci. Jadi lebih seronok melayan selekoh apabila perlu menganjak turun dan naik gear.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu 'Quick Shifter' untuk Motosikal?

2. SISTEM KAWALAN CENGKAMAN adalah ciri baru motosikal pasaran Malaysia yang dapat mengelak jentera tergelincir, atau tayar depan terangkat (wheelie).

3. SISTEM KLAC ANTI GELINCIR (SLIPPER CLUTCH) pada mulanya dipasang jurutera Yamaha pada motosikal Dark Side  untuk membantu melegakan sistem operasi klac. Sistem Slipper Clutch terdiri daripada dua komponen sesondol yang dapat menurunkan beban operasi klac sebanyak 20 peratus.

4. SISTEM BREK ANTI-KUNCI (ABS) membolehkan motosikal berhenti pada jarak selamat dan tepat.

5. SUSPENSI depan teleskopik dengan travel 137mm, manakala belakang menggunakan suspensi lengan ayun (swing arm) jenis pautan dengan travel 130mm yang kini boleh dilaraskan mengikut redaman mampatan diingini.

BACA >>> #EICMA: Yamaha MT-09 SP, MT-07 (2018) Perhalusi Pengendalian, Rekaan Agresif

6. ASPEK KOSMETIK MT-09 menampilkan imej sporty dengan ciri LED pada lampu depan mata kembar dan belakang yang mirip MT-10. Lampu signal dipindahkan di sisi radiator. Lampu belakang direka dalam bentuk M dan dilekatkan pada bahagian badan. Fender belakang jenis apung digabungkan dengan plat nombor pendaftaran. PRESTASI MT-09 facelift berkuasa 113hp(10,000rpm) dan tork 87.5Nm (8,500rpm)

7. HARGA MT-09 facelift versi unit pemasangan tempatan (CKD) ialah RM47,388 (termasuk GST). WARNA pula diberikan dua pilihan: Night Fluo (kelabu) dan Tech Black (hitam).

GALERI

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM), motosikal, naked bike, roda2, Yamaha, yamaha mt-09, Yamaha MT-09 facelift

Comments

  1. Mohd nazih says

    March 13, 2020 at 11:57 PM

    Mencari yamaha mt09

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev