• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tempahan Toyota C-HR Kini Dibuka, Enjin 1.8L Berkuasa 135hp - Harga RM145,500

Tempahan Toyota C-HR Kini Dibuka, Enjin 1.8L Berkuasa 135hp - Harga RM145,500

January 11, 2018 By Han Othman 3 Comments

296
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


UMW Toyota Motor (UMWT) menerusi laman Facebook Toyota Malaysia mengumumkan membuka tempahan C-HR di Malaysia di mana-mana bilik pameran Toyota seluruh negara.

BACA >>> Toyota C-HR Bakal Lancar Tidak Lama Lagi di Malaysia?

C-HR melakukan debut pertama di Malaysia pada Mei tahun lalu di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di Shah Alam menerusi varian 1.2L Turbo. Namun, menurut Toyota, model versi tempatan ialah 1.8L petrol yang diimport sepenuhnya (CBU).


Berikut perincian spesifikasi Toyota C-HR versi Malaysia, termasuk harga yang kini dibuka untuk tempahan:

TOYOTA C-HR

ENJIN: 1.8L petrol 4-Silinder Sebaris, 16-injap DOHC dengan Dual VVT-i
KUASA MAKSIMUM: 135hp @ 6,400rpm
TORK MAKSIMUM: 170Nm @ 4,000rpm
TRANSMISI: CVT 7-kelajuan Sequential Shifmatic
KAPASITI TANGKI: 70 liter
LUARAN: Lampu utama projektor halogen automatik dengan fungsi Follow Me Home, lampu siang (DRL) LED, lampu kabus depan dan belakang, lampu belakang LED
DALAMAN: Skrin sentuh kapasitif 7-inci dengan pemain DVD, sambungan telefon pintar, WiFi, USB, Bluetooth, kamera undur, HDMI, pengecaman suara, pelayar Internet, 6 pembesar suara, masukan pintar, penyaman udara dwi zon, paparan multi informasi (MID) dan mod pacuan (Eco, Normal, Sport)
CIRI KESELAMATAN: 7-beg udara (2 depan, 2 sisi, 2 tirai dan 1 lutut), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) dengan Kawalan Traksi (TRC) dan Kawalan Bantuan Mula-Daki (HAC), Monitor Titik Buta (BSM) dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS), sensor parkir, brek parkir elektrik dengan brek pegun automatik.
HARGA: RM145,500 (Semenanjung Malaysia, individu, termasuk GST, pendaftaran dan cukai jalan, tanpa insurans)

Related

296
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Crossover, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, Toyota, Toyota C-HR, Toyota C-HR serba baharu, Toyota Malaysia, UMW Toyota Motor, UMWT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my