• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota C-HR Bakal Lancar Tidak Lama Lagi di Malaysia?

Toyota C-HR Bakal Lancar Tidak Lama Lagi di Malaysia?

July 30, 2017 By Abang Hirata 3 Comments

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RASANYA jarang benar model baharu Toyota dikongsi secara berjemaah dalam media sosial kecuali model yang satu ini. Toyota C-HR, kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak bakal tampil dengan gaya seperti Honda HR-V dan Mazda CX-3.

UMW Toyota Motor nyata tidak menunggu lama untuk membawa masuk model ini, dan nampaknya, detik jualan rasmi semakin hampir apabila pendaftaran minat sudahpun dibuka sejak beberapa hari lalu di laman web pengeluar dari Jepun itu. Menambah lagi keterujaan, UMW Toyota mengumumkan kempen khas kepada sesiapa saja yang berminat menatap lebih dekat model tersebut.

Bermula Ogos ini, Toyota C-HR akan dipamerkan di beberapa bilik pameran Toyota terpilih, termasuk melakukan jelajah jalanan di beberapa lokasi sekitar semenanjung Malaysia. Berikut ialah jadual pameran model SUV kompak itu:

  • 12 - 13 Ogos - Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.
  • 16 - 22 Ogos - Bilik Pameran Toyota Subang Jaya.
  • 23 - 27 Ogos - Mid Valley Megamall.
  • 04 - 10 September - Sunway Pyramid.
  • Lokasi lain akan diumumkan kemudian.

Khabarnya, C-HR yang akan dijual nanti ialah model CBU memandangkan kilang baharu Toyota di Shah Alam masih belum siap hingga 2019. C-HR versi tempatan bakal tampil dengan enjin 1.8L Dual VVT-i dengan transmisi variabel berterusan (CVT).

C-HR turut dilengkapi ciri keselamatan seperti Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan ciri lain seperti lampu susur follow-me-home dan kemasan dalaman mewah. Keputusan UMW Toyota membawa masuk C-HR ini boleh dianggap tepat pada masa berdasarkan trend pembeli global yang cenderung memberi model-model SUV kompak, dan Malaysia tidak terkecuali.

Ini kerana jika tidak dibawa masuk secara rasmi sekarang, tidak mustahil C-HR akan diimport ke negara ini dalam versi reconditioned.

Toyota C-HR.01
Toyota C-HR.02

 

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, SUV kompak, Toyota, Toyota C-HR, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev