• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Siar Teaser Kedua, Kawasaki Z900RS Sah Masuk Malaysia dengan 2 Model Lain

Siar Teaser Kedua, Kawasaki Z900RS Sah Masuk Malaysia dengan 2 Model Lain

January 9, 2018 By Admin PanduLaju 2 Comments

330
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS imej teaser pertama, Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMM) sekali lagi mengeluarkan imej teaser kedua model Z900RS dengan kapsyen ‘A New Ride Is Coming’ (Tunggangan Baru Sedang Tiba). Paparan imej kali ini lebih jelas dengan menyerlahkan separuh badan sportbike retro itu dari pandangan sisi. Ini menandakan debut model berkenaan di Malaysia semakin hampir dan pasti.

Seperti kami maklumkan sebelum ini, KMM kebiasaannya akan memperkenal barisan model baharu pada majlis makan malam sempena Tahun Baru Cina. Kemudian barulah model itu akan dipasarkan secara berperingkat.

BACA >>> Kawasaki Malaysia Tunjuk Imej Teaser Z900RS, Bakal Masuk Pasaran Tahun Ini?

Sumber risikan mengesahkan selain Z900RS, Kawasaki juga akan membawa masuk dua lagi model, iaitu supersport touring, H2 SX dan sportbike, Ninja 250.  Semua model tersebut akan dipertontonkan bulan depan, tentunya pada majlis makan malam Tahun Baru Cina.

Difahamkan, model Z900RS akan dipasarkan terlebih dahulu sekitar Mac atau April sebelum disusuli dua model lagi. Malah, ketiga-tiga model tersebut juga disahkan sudah menjalani ujian Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA) di bahagian Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekitar bulan lalu.

Berikut reviu sepintas lalu mengenai tiga model baharu Kawasaki itu:

1. KAWASAKI Z900RS


Rekaan Z900RS pasti mengingatkan kita kepada model ikonik Kawasaki, Z1 Super Four 900 (1972). Sistem pencahayaan menggunakan LED sepenuhnya dan dipadankan tangki minyak 'air mata' (teardrop), rim aloi dan kowl belakang mirip, Z1. Ciri retro pula diserlahkan menerusi kluster instrumen analog untuk spidometer dan takometer.

BACA >>> 12 Fakta Pantas Tentang Kawasaki Z900RS (2018)

Prestasi jentera dijana enjin yang sama seperti Z900, bersesaran 948cc, 4-silinder berkuasa 110hp pada 8,500rpm dan tork maksimum 98.5Nm (6,500rpm). Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan.

Tugas suspensi diuruskan fork terbalik (USD) 41mm di depan, dan Horizontal Back-Link Kawasaki di belakang yang boleh dilaraskan sepenuhnya dengan 10-tetapan mampatan dan 12-tetapan lantunan (rebound). Ciri absorber pula daripada jenis prabeban dan peredam lantunan boleh laras sepenuhnya.

2. KAWASAKI NINJA 250

Kawasaki Ninja 250 KRT Edition 2017

Ninja 250 (2018) menampilkan rupa facelift yang lebih tajam dan agresif. Lampu depan kini datang dalam ciri LED, diposisikan di bawah dada fairing, tampak lebih sepet dengan sepasang winglet di bawah, seakan jentera MotoGP.

BACA >>> Kawasaki Ninja 250 (2018) Boleh Cas Telefon Pintar! Pertama di Dunia dalam Kelas 250cc

Ninja 250 baharu ini juga lebih bertenaga dengan kuasa setinggi 39hp pada 12,500rpm dan daya tork  23.5Nm (10,500rpm).

Sementara itu, posisi depan masih mengekalkan lampu signal yang disepadukan bersama fairing, sama seperti model 2013 (syukur, bukan signal capang) dengan tambahan lungsur frem atau frem slider hitam sebagai aksesori opsyen. Suspensi depan masih mengekalkan gaya teleskopik, bukan terbalik (USD).

3. KAWASAKI H2 SX


Kawasaki H2 SX dilengkapi enjin bersesaran 998cc, yakni menggunakan 'jantung' sama daripada Ninja H2. Hasilnya ialah kuasa 200hp bersama tork 136Nm. Bezanya, hantaran kuasa ditala supaya lebih linear pada julat putaran rendah dan pertengahan selain penggunaan bahan api lebih cekap berbanding jentera sports touring popular Kawasaki, Z1000SX.

BACA >>> #EICMA2017: Kawasaki Ninja H2 SX (2018), Supercas Kembara Tidak Lagi Sendirian

Sesuai dengan status motosikal kembara, frem trellis Kawasaki Ninja H2 SX turut dirombak daripada H2 untuk menampung berat pembonceng, dan juga kotak sisi yang menjadikan berat keseluruhan 256kg, lebih 16kg berbanding Ninja H2.

Related

330
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Kawasaki, kawasaki h2 sx, Kawasaki Motor Malaysia (KMM), kawasaki ninja 250 2018, Kawasaki Z900RS, retro, roda2, sportbike, sportbike retro

Comments

  1. hassan says

    January 10, 2018 at 9:16 AM

    ingat kenangan lama . sekarang pakai z1000 sekira nya z900rs keluar saya akan tukar dari z1000 ke z900rs nostalgia saya

    Reply
  2. Ray says

    February 28, 2018 at 9:36 AM

    So this is not rock solid news. There is no ninja 250 2018 am i right?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev