• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Suzuki UK Lancar Ignis Adventure dan Vitara Kuro Versi Edisi Khas

Suzuki UK Lancar Ignis Adventure dan Vitara Kuro Versi Edisi Khas

January 8, 2018 By Han Othman 2 Comments

FacebookTwitter


SUZUKI memulakan kalendar 2018 dengan memperkenalkan dua model edisi khas baharu, Ignis Adventure dan Vitara Kuro. Ignis Adventure ialah versi crossover mini standard keluaran terhad dengan penampilan serba tegap yang menampilkan spoiler belakang dan jalur merah sporty sekitar badan, termasuk cermin sisi merah. Ini termasuk mengemas kini plat skid depan dan belakang baru, dengan 4 opsyen warna untuk dipilih.

BACA >>> Suzuki Swift (2018) Tiba di Thailand dan India, Februari Depan

Ignis Adventure juga dibekalkan kamera pandang belakang, rim aloi 16-inci dan sepasang rel bumbung. Pada harga £13,999 (RM75,774), crossover ini lebih mahal £1,000 (RM5,412) berbanding SZ-T yang menjadi model asas jentera ini.

Namun, Suzuki mendakwa  Ignis Adventure memiliki ciri tambahan yang bernilai £1,900 (RM10,284) berupa aksesori dan gaya. Di sebalik bonet, tersimpan enjin 4-silinder 1.2L petrol berkuasa 89hp.

VITARA KURO SE - SERBA HITAM

Sementara itu, Suzuki Vitara Kuro SE menambah lagi barisan crossover Vitara sedia ada yang diperkenalkan pada 2015, pada harga £18,749 (RM101,485) dengan dikuasakan enjin 4-silinder 1.4L berkuasa 118hp dalam pacuan roda depan (FWD).

BACA >>> Lagi Foto Perincian Suzuki Swift Sport Menjelang Pameran Motor Frankfurt 2018

Ciri lain Vitara Kuro edisi terhad ini ialah rim aloi 17-inci hitam yang dipadankan dengan spoiler belakang (juga hitam), termasuk bampar depan dan gril depan. Kemasan dalaman juga digelapkan supaya senada dengan penampilan luaran yang serba hitam.

SUMBER: AutoExpress

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Britain, Crossover, Roda4, Suzuki, Suzuki Ignis Adventure, Suzuki Ignis Adventure SE, Suzuki UK, Suzuki Vitara Kuro SE, UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my