• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lagi Foto Perincian Suzuki Swift Sport Menjelang Pameran Motor Frankfurt 2018

Lagi Foto Perincian Suzuki Swift Sport Menjelang Pameran Motor Frankfurt 2018

August 3, 2017 By Han Othman 1 Comment

428
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Jepun beberapa hari lalu mengeluarkan beberapa lagi foto Swift Sport (2018) bagi menarik pelanggan berpotensi di Negara Matahari Terbit itu menjelang debut rasmi di Pameran Motor Frankfurt 2018, Jerman, bulan depan.

Foto baharu tersebut jelas menyerlahkan beberapa perincian hot-hatch tersebut menerusi penampilan ekor ekzos berkembar yang disepadukan bersama difuser belakang. Foto lain ialah gambaran kemasan dalaman yang terdiri daripada set kerusi sport, tombol gear manual 6-kelajuan, trim merah pada papan pemuka, dan roda stereng rekaan sport.

BACA >>> Suzuki Swift Sport (2017) Sah Debut di Frankfurt, Pertama Kali Guna Enjin Turbo, Kuasa Dijangka 159hp?

Kluster instrumen menampilkan kemasan merah pada meter rev, termasuk bar merah untuk tolok boost. Sekali lagi kami ingatkan, Swift Sport baharu kali ini bakal dibekalkan enjin 1.4L pengecas turbo Boosterjet bagi menggantikan enjin lama jenis aspirasi natural (NA) 1.6L.  Enjin baharu itu kelak ialah varian enjin sama yang digunakan Suzuki Vitara dengan kuasa maksimum 138hp dan tork 220Nm.

BACA >>> #GIMS2017: Suzuki Swift (2017) Perkenal Enjin 3-Silinder dengan Turbo, Termasuk Varian Hibrid

Bagaimanapun, kuasa dan tork untuk Swift Sport (2018) dijangka lebih tinggi jika mengambil kira berat kompak tersebut yang kurang satu tan. Pemerhati meramalkan lonjakan kuasa dicetuskan model kompak ini mampu mencapai setinggi 159hp!

Suzuki Swift Sport (2018) dijadualkan debut di Pameran Motor Frankfurt pada 12 September ini.

GALERI

suzuki-swift-sport-2018-i
suzuki-swift-sport-2018-vii
suzuki-swift-sport-2018-viii
suzuki-swift-sport-2018-ii
suzuki-swift-sport-2018-iii
suzuki-swift-sport-2018-iv
suzuki-swift-sport-2018-v
suzuki-swift-sport-2018-vi
suzuki-swift-2018-ix

Related

428
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Pameran Motor Frankfurt, Roda4, Suzuki, Suzuki Swift Sport, Suzuki Swift Sport (2018)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
    #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
    Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev