SEKALI imbas, jentera ini tampak seakan Kawasaki Z800 atau Z1000. Hakikatnya, cuma sebuah kapcai Yamaha LC 135 yang sudah dibikin khas.
Demi memenuhi 'kegilaan' dalam dunia modifikasi, empunya jentera, Muhamad Akmal Hamad, 19, sanggup berbelanja hingga RM9,000 bagi memastikan motosikal kesayangannya itu lain daripada lain. Buktinya, anak muda dari Kepala Batas, Pulau Pinang itu berjaya menyumpah Yamaha LC 135 miliknya jadi lebih menarik dan meletup hingga mampu memukau sesiapa saja yang memandangnya.
Menurut Akmal, dia mengambil masa tujuh bulan untuk menyiapkan motosikalnya dengan bantuan CLM Custom Works dan Ali DRSIGN.
"Saya peminat setia Hafizh Syahrin. Jadi, saya ambil konsep sama seperti jentera Hafizh yang dia tunggang ketika berlumba Moto2 dalam Kejuaraan Dunia MotoGP.
"Tak kisah berapa banyak perlu berhabis, saya sanggup lakukan asalkan minat tercapai. Walaupun masih muda, tetapi semua itu langsung bukan penghalang untuk saya terus mendalami dunia modifikasi. Tambahan lagi, motor ini dibikin khas untuk acara autoshow saja, dan bukan digunakan sebagai kenderaan harian.
"Walaupun awal pembabitan saya dalam dunia modifikasi tidak disokong ibu bapa, tetapi kini mereka sudah faham selepas saya menang beberapa pertandingan autoshow," tambah Akmal lagi.
BACA >>> Foto Unit Enjin Terakhir Tersebar, Yamaha 125Z Ucap Selamat Tinggal
RUPA GANAS
Dari pandangan luaran, jentera ini sebenarnya dikacukkan dengan model FZ150, yang juga dipadankan kit badan kustom bersama lampu depan HID. Bahagian roda menggunakan rim aloi SP522 dengan brek cakera berkembar kustom khas.
Berikut beberapa modifikasi yang turut dilakukan Akmal terhadap jenteranya itu:
- Bar hendal X1r
- Fast throttel Bungbon
- Pam klac hidraulik Moritech
- Klac tangan kustom
- Skru enjin emas keluli tahan karat
- Peg kaki Boushi Racing R25
- Pam kaliper cakera kembar Brembo
- Gad tangan Rizoma
- Pam hidraulik Brembo - kiri dan kanan
- Punat seperti jentera MotoGP
- Meter digital
- Lengan tungga NSR 150
- Rantai D.I.D 428
- Ekzos Leo Vince
- Pelana kustom
- Grip terotel Racing Boy
- Kunci kawalan jauh (untuk hidupkan enjin, penghidup dan lampu 'eagle eye')
- Nat aloi penutup magnet
- Pengecas USB
- Absorber boleh laras Mono Kozi
- Hos brek Morin - depan dan belakang
Gempak? Lawa atau tidak kalau Yamaha LC 135 dibikin khas sampai jadi macam ini?
GALERI
KREDIT FOTO: Art Viva (Art Viva Bride)
Zamri says
Tahniah... Cantik... Pengeluar moto patut buat moto mcm gini yg mmg confirm2 ada tempat letak barang