PASARAN motosikal di Indonesia cukup luas dan tidak hairanlah jika ke negara jiran itu kita dapat melihat pelbagai jenis model dua roda daripada bersesaran kecil hingga besar berkeliaran di setiap pelusuk jalan.
Berdasarkan data dikeluarkan Asosiasi Industri Sepeda Motor Indonesia (AISI), pasaran motosikal di republik itu mengalami penurunan pada November tahun lalu membabitkan semua pengeluar di sana. Jumlah keseluruhan jualan motosikal di Indonesia setakat November 2017 ialah 550,303 unit, menurun 29,249 unit berbanding Oktober 2017.
Malah, pasaran sportbike 150cc hingga 250cc juga menurun. Honda CBR250RR terjual 350 unit pada Oktober, menurun kepada 342 unit (November). Namun, Yamaha R25 meningkat 11 unit menjadi 157 unit pada November 2017.
SAINGAN SENGIT SPORTBIKE 150CC
Jualan Honda CBR150R turut menurun sebanyak 1, 111 unit menjadi 4,942 unit sepanjang November. Sama seperti CBR, Yamaha Vixion serba baharu juga mencatatkan penurunan daripada 5,530 unit pada Oktober kepada 2,375 unit (November).
Segmen sportbike di Indonesia mempunyai ramai pengikut, terutama 150cc kerana kategori itu masih berada dalam jangkauan pemilikan kebanyakan penunggang di sana dari segi harga, praktikaliti tunggangan dan gaya sporty. Hampir semua pengeluar motosikal menawarkan produk sportbike. Kali ini Honda muncul mendahului segmen tersebut.
5 SPORTBIKE 150cc PALING LARIS SETAKAT NOVEMBER 2017:
1. HONDA CB150R STREETFIRE
JUALAN: 100,986 unit
Enjin: DOHC , 4-lejang
Sesaran: 149.16cc
Kuasa Maksimum: 16.6hp @ 9,000rpm
Tork Maksimum: 13.8Nm @ 7,000rpm
Transmisi: 6-kelajuan
2. YAMAHA V-IXION
JUALAN: 78,421 unit
Enjin: SOHC 4-lejang
Sesaran: 149.8cc
Kuasa Maksimum: 16.3hp @ 8,500rpm
Tork Maksimum: 14.5Nm @ 7,500rpm
Transmisi: 5-kelajuan
3. HONDA CBR150R
JUALAN: 68,557 unit
Enjin: DOHC, 4-lejang
Sesaran: 149.16cc
Kuasa Maksimum: 16.8hp @ 9,000rpm
Tork Maksimum: 14.4Nm @ 7,000rpm
Transmisi: 6-kelajuan
4. HONDA VERZA 150
JUALAN: 48,123 unit
Enjin: SOHC, 4-lejang
Sesaran: 149,2cc
Kuasa Maksimum: 13hp @ 8,500rpm
Tork Maksimum: 12.7Nm @ 6,000rpm
Transmisi: 5-kelajuan
5. YAMAHA R15 V3
JUALAN: 36,054 unit
Enjin: SOHC, 4-lejang
Sesaran: 155.1cc
Kuasa Maksimum: 19hp @ 10,000rpm
Tork Maksimum: 14.7Nm @ 8,500rpm
Transmisi: 6-kelajuan
Melihat kepada rekod di atas, di manakah kedudukan Suzuki GSX-150R, yang dinobatkan sebagai motosikal terbaik Indonesia 2017? Sayang sekali model tersebut tidak berjaya menduduki carta top-5.
Leave a Reply