• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Skyline GT-R V.Spec II Nür (2002) yang Masih Berbau Kedai Ini Bakal Dilelong!

Nissan Skyline GT-R V.Spec II Nür (2002) yang Masih Berbau Kedai Ini Bakal Dilelong!

December 16, 2017 By Han Othman 1 Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INI mungkin berita paling mengujakan hujung tahun ini, sebuah Nissan Skyline GT-R V.Spec II Nür (2002) dalam kondisi hampir tidak pernah digunakan bakal dilelong! Tidak pula diketahui kenapa pemilik asalnya seakan tidak sudi langsung menjamah antara kereta paling ikonik di planet Bumi itu.

Apa tidaknya, kereta sport itu sekadar mencatatkan jarak perbatuan 10km sahaja. Apatah lagi model tersebut adalah antara model terakhir dalam generasi itu yang tidak banyak unit dikeluarkan. Khabarnya, cuma 718 unit seluruh dunia.

BACA >>> 5 Kereta Hebat Dikuasakan Enjin Legenda Nissan RB

Siri terakhir R34 GT-R itu dinamakan sempena litar lumba terkenal, Nürburgring di Jerman yang menjadi lokasi utama model itu dibangunkan. Kehebatan Skyline tersebut sudah semestinya spesifikasi V.Spec II dengan enjin legenda, RB26.

Walaupun spesifikasi enjin kekal tidak berubah dengan kuasa 276hp dan tork 397Nm, Skyline ini dimuatkan set turbo dengan tekanan booster dan blok diperkuat, sekali gus menjadikan enjin model ini antara siri RB paling lasak untuk menerima sebarang modifikasi dan penaiktarafan.

BACA >>> Nissan Skyline BNR34 V-Spec II - Jentera Jalanan Terbaik

Ciri lain ialah spidometer hingga 300kmj dan trim eksklusif bersama aksesori V.pec II seperti suspensi keras, brek besar, bonet gentian karbon dan trim dalaman iridium. Model yang tidak pernah didaftarkan itu bakal dilelong BHauction pada Tokyo Auto Salon pada 12 Januari 2018.

GALERI

SUMBER: BHAuction

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Nissan, Nissan RB26, Nissan Skyline, Nissan Skyline GT-R, Nissan Skyline GT-R R34, Nürburgring, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev