• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Nissan Sylphy 2014 Rancak Saingan Segmen

BERITA AUTO: Nissan Sylphy 2014 Rancak Saingan Segmen

April 22, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

01 All_New Sylphy_Front

EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) membuka tempahan model sedan terbaharu, Nissan Sylphy yang ditawarkan dalam dua varian: 1.8E dan 1.8VL. Bakal dilancarkan 29 April ini, varian 1.8E berharga RM115,300 dan 1.8VL (RM125,500). Perbezaan harga sekitar RM10,200 dibezakan dari segi spesifikasi dan aksesori.

Berbanding 1.8E, varian 1.8VL menerima beberapa penambahan seperti sistem entri tanpa kunci dengan butang Start/Stop, Paparan Multi-Maklumat (MID), penyaman udara automatik dan ventilator belakang. Varian 1.8VL juga dipadankan rim aloi 17-inci, manakala 1.8E (16-inci).

02 All_New Sylphy_Rear

Hadir dengan rekabentuk lebih sporty dan segar, kedua-dua varian dijana enjin MRA8DE 1.8L Twin CVTC, iaitu Kawalan Pemasa Injap Variabel Berterusan Berkembar (Continuously Variable Valve Timing Control). Padanan kotak gear XTRONIC CVT menghasilkan kuasa 129hp@6,000rpm dan tork, 174Nm@3,600rpm serta menawarkan penjimatan bahan api 15.6km per liter.

Aspek keselamatan, Nissan Sylphy baharu mendapat pengiktirafan ANCAP 5-bintang dengan enam beg udara SRS, Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) bersama Sistem Kawalan Traksi (TCS), sekali gus menjadikan sedan ini antara terbaik dalam kelas. Bersama jaminan tiga tahun atau 100,000km (mana tiba dahulu), pengguna ditawarkan lima pilihan warna menarik; Cayenne Red (merah), Brilliant Silver (perak), Premium Black (hitam), Bronze Gold (emas) dan Diamond White (putih).

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 1.8E, 1.8VL, Edaran Tan Chong Motor, ETCM, Nissan Sylphy, sporty

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev