• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Nissan Sylphy 2014 Rancak Saingan Segmen

BERITA AUTO: Nissan Sylphy 2014 Rancak Saingan Segmen

April 22, 2014 By Admin Leave a Comment

FacebookTwitter

01 All_New Sylphy_Front

EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) membuka tempahan model sedan terbaharu, Nissan Sylphy yang ditawarkan dalam dua varian: 1.8E dan 1.8VL. Bakal dilancarkan 29 April ini, varian 1.8E berharga RM115,300 dan 1.8VL (RM125,500). Perbezaan harga sekitar RM10,200 dibezakan dari segi spesifikasi dan aksesori.

Berbanding 1.8E, varian 1.8VL menerima beberapa penambahan seperti sistem entri tanpa kunci dengan butang Start/Stop, Paparan Multi-Maklumat (MID), penyaman udara automatik dan ventilator belakang. Varian 1.8VL juga dipadankan rim aloi 17-inci, manakala 1.8E (16-inci).

02 All_New Sylphy_Rear

Hadir dengan rekabentuk lebih sporty dan segar, kedua-dua varian dijana enjin MRA8DE 1.8L Twin CVTC, iaitu Kawalan Pemasa Injap Variabel Berterusan Berkembar (Continuously Variable Valve Timing Control). Padanan kotak gear XTRONIC CVT menghasilkan kuasa [email protected],000rpm dan tork, [email protected],600rpm serta menawarkan penjimatan bahan api 15.6km per liter.

Aspek keselamatan, Nissan Sylphy baharu mendapat pengiktirafan ANCAP 5-bintang dengan enam beg udara SRS, Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) bersama Sistem Kawalan Traksi (TCS), sekali gus menjadikan sedan ini antara terbaik dalam kelas. Bersama jaminan tiga tahun atau 100,000km (mana tiba dahulu), pengguna ditawarkan lima pilihan warna menarik; Cayenne Red (merah), Brilliant Silver (perak), Premium Black (hitam), Bronze Gold (emas) dan Diamond White (putih).

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 1.8E, 1.8VL, Edaran Tan Chong Motor, ETCM, Nissan Sylphy, sporty

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
    Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
  • #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
    #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my