• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda PCX 150 Versi Tempatan Lancar di Indonesia, Harga Serendah Rp27 Juta (RM7,718)

Honda PCX 150 Versi Tempatan Lancar di Indonesia, Harga Serendah Rp27 Juta (RM7,718)

December 13, 2017 By Aryon 3 Comments

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AKHIRNYA, seperti yang dikecohkan sejak minggu lalu, pengedar rasmi motosikal Honda di Indonesia, Astra Honda Motor (AHM) secara rasmi melancarkan skuter Honda PCX 150 serba baharu versi tempatan. Pelancaran itu dilihat sebagai cubaan Honda mencabar dominasi Yamaha menerusi NMAX 155 yang sebelum ini tampil selesa tanpa pesaing.

Apakah yang menarik tentang Honda PCX 150 di mata peminat permotoran Indonesia sedangkan harga skuter itu dilaporkan menyamai jentera 250cc silinder tunggal?

BACA >>> Yamaha Indonesia Sambut Honda PCX dengan Lancar NMAX 'Facelift'

PCX 150 masih menggunakan model global yang sama melakukan debut di Pameran Motor Tokyo 2017 baru-baru ini. Walaupun tampil sebagai versi tempatan, skuter ini nyata lebih cantik dan moden. Lampu depan (masih bercirikan PCX) mendapat sedikit sentuhan moden, menjadikan rupa model Honda serba baharu kali ini berbeza berbanding seteru rapatnya yang cenderung sporty.

ELEGAN DAN MODEN

honda-pcx-150-indonesia-ii
honda-pcx-150-indonesia-i
honda-pcx-150-indonesia-v
honda-pcx-150-indonesia-iv
honda-pcx-150-indonesia-iii
honda-pcx-150-indonesia-vi
honda-pcx-150-indonesia-vii

Rupa depan tampak elegan dengan bentuk lampu dan ciri LED berserta visor angin hitam yang melandai. Sekilas pandang, memang nampak seperti sebuah jentera premium berharga mahal.

Melihat sisi skuter, lekuk dan keratan pinggir jelas dapat dilihat merintangi sepanjang badan. Paling menonjol ialah sosok bar hendal yang dibiarkan terbuka. Nampak macam sedikit aneh kerana menampakkan segala macam kabel yang sepatutnya disorokkan.

BACA >>> Teaser Honda PCX (2018) Didedahkan, Bakal Muncul di Indonesia dalam Versi Tempatan

Upholsteri tampak elegen dengan kemasan hitam dan trim gelap. Ekzos pula bersaiz besar, mungkin ada yang suka, mungkin ada pula yang tidak gemar. Sementara itu, rupa belakang adalah bahagian paling menyerlah pada PCX 150 baharu itu dengan rekaan lampu LED yang cukup anggun.

Panel instrumen PCX 150 versi tempatan Indonesia itu adalah daripada jenis digital penuh, lebih baik berbanding model terdahulu. Bentuk perumah sangat cantik dengan panel digital terbalik, sama seperti Yamaha NMAX 155. Cuma versi PCX 150 lebih besar.

CIRI BAHARU

honda-pcx-150-indonesia-1
honda-pcx-150-indonesia-2
honda-pcx-150-indonesia-3
honda-pcx-150-indonesia-4
honda-pcx-150-indonesia-5
honda-pcx-150-indonesia-6

Bersama enjin 150cc eSP, PCX 150 dibekalkan beberapa ciri baharu seperti palam pengecas DC di konsol depan yang memang direka khas untuk mengecas telefon pintar, sistem brek gabung (CBS) yang dipadukan bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk varian paling premium dan brek caker untuk kedua-dua roda depan dan belakang tanpa mengira jenis varian.

BACA >>> MOTO: Honda PCX Versi Dipertingkatkan (2015) - Harga RM9,999

PCX 150 turut menampilkan lampu kecemasan yang sudah sedia menjadi ciri biasa kebanyakan motosikal murah di Indonesia. Ruang simpanan berukuran 8 liter yang boleh dibuka menggunakan tuil di depan pelana yang turut diberikan penahan (stopper seat) ketika dibuka.

Honda PCX 150 Lokal hadir dengan empat pilihan warna: hitam, putih, merah dan kuning air. Harga pula menurut AHM adalah sekitar Rp27 juta-Rp32 juta (RM7,718-RM9,147). Berdasarkan harga diberikan, jelas sekali akan bertembung harga satu sama satu dengan seteru utamanya, Yamaha NMAX 155 facelift yang juga baru dilancarkan semalam.

GALERI

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda PCX 150, motosikal, PT Astra Honda Motor (AHM), roda2, skuter, skuter maxi

Comments

  1. johar says

    January 4, 2018 at 6:41 PM

    Bila agaknya model PCX 2018 dilancarkan diMalaysia.

    Reply
    • ABG GYL says

      January 5, 2018 at 12:01 AM

      Tahun ini. Bulan belum pasti

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev