• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Bina Lamborghini Urus Ikut Cita Rasa Anda Sendiri (Nak Tunggu Beli, Entah Bila)

Bina Lamborghini Urus Ikut Cita Rasa Anda Sendiri (Nak Tunggu Beli, Entah Bila)

December 7, 2017 By Han Othman Leave a Comment

83
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELURUH dunia sudah pun dikecohkan dengan debut kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Lamborghini yang diberikan nama Urus dan banyak perkara sudah pun diketahui peminat automotif mengenai super SUV tersebut daripada hal teknikal hingga aneka foto menggiurkan.

Sekarang tibalah masa anda cuba membikin Urus berdasarkan cita rasa sendiri menerusi aplikasi konfigurator disediakan Lamborghini dalam laman web rasmi pengeluar itu. Seperti anda bayangkan, Lamborghini menawarkan pelbagai pilihan custom kepada bakal pemilik Urus untuk menjelmakan sebuah Urus yang benar-benar menepati personaliti peribadi.

SUV TERPANTAS

SUV terpantas dunia itu dijana enjin 4.0L turbo-kembar V8 berkuasa 641hp dan tork 850Nm, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 3.6 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 302kmj.

Urus turut dibekalkan sistem pacuan roda belakang (RWD) untuk membantu kestabilan ketika memecut dalam kelajuan tinggi dan meningkatkan ketangkasan di selekoh, termasuk menampilkan opsyen 6 mod pacuan mengikut kondisi permukaan jalan.

BACA >>> Debut Lamborghini Urus Sebagai SUV Terpantas Dunia (25 Foto Menarik)

Bagi sesetengah orang, rekabentuk diserlahkan Urus mungkin tampak terlalu menonjol, ekstrem atau berlebihan, tetapi kalau sudah nama Lamborghini, agak pelik juga kalau pengeluar itu sekadar menghasilkan rekaan model yang biasa-biasa, lembut dan romantis. Sekali pandang semua dapat tahu Urus sememangnya membawa DNA Lamborghini.

Sekarang, cuba luangkan masa hasilkan Urus sentuhan peribadi anda membabitkan banyak pilihan warna, aksesori dan kemasan. Boleh rambang mata dibuatnya. Sekarang klik SINI.

Nah, Lamborghini Urus versi PanduLaju buat tatapan pembaca semua.

SUMBER: Lamborghini

Related

83
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Lamborghini, Lamborghini Urus, Roda4, Super SUV, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my