• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: 11 Fakta Menarik Tentang Kia yang Perlu Anda Tahu

#TahukahAnda: 11 Fakta Menarik Tentang Kia yang Perlu Anda Tahu

December 7, 2017 By Han Othman 1 Comment

927
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KIA MOTORS ialah pengeluar automobil kedua terbesar Korea Selatan dan turut menjadi sebahagian subsidiari Hyundai yang juga pengeluar automotif nombor satu di negara itu, dan nombor empat dunia. Di bawahn ini, ada banyak perkara menarik tentang Kia yang perlu anda tahu. Jom baca!

1. Kia Motors diasaskan pada 11 Disember 1944 yang mana Korea ketika itu masih di bawah pemerintahan Jepun pada era Perang Dunia Kedua.

PETER SCHREYER

2. Kia mula serius menumpukan pasaran pasaran Eropah pada 2005. Dalam usaha merebut peluang pertumbuhan di rantau itu, Kia melantik pereka Jerman, Peter Schreyer yang terkenal dengan rekaan agungnya, Audi TT. Kia juga antara syarikat luar paling pantas berkembang di Britain.

3. Kia berjaya menjual 2.7 juta kenderaan menjelang 2012, disusuli 2.75 juta pada tahun berikutnya (2013), sekali gus menjadi antara jenama kereta terbesar Korea Selatan yang menguasai pasaran dunia.

4. Kia pernah dilantik Kerajaan Seoul sebagai satu-satunya pembuat kenderaan militari. Kia juga menjadi syarikat yang diberikan lesen daripada Washington untuk merekacipta dan menghasilkan kenderaan Kaiser Jeep M715 untuk askar Korea Selatan.

5. Nama Kia berasal daripada karakter Sino-Korea, 'ki' bermaksud 'kebangkitan' dan 'a' bermaksud 'Asia'. Maksud penuh, 'Kebangkitan Asia'

6. Jenama berbentuk slogan itu turut membantu Kia Motors mempromosikan jenama tersebut ke peringkat global. Selain cuba menawarkan pengalaman unik kepada pelanggan antarabangsa, Kia turut berusaha menyebarkan 4 falsafah asas dipegang pengeluar itu: Bersemangat, Berpacu manusia, dan Pencabar.

7. Di Kia, Schreyer menyandang jawatan Ketua Pegawai Rekabentuk (CDO) syarikat itu. Langkah pertama dilakukan beliau adalah mencipta signatur utama kenderaan Kia menerusi penampilan gril serba baharu dipanggil 'Tiger Nose' (Hidung Harimau).

8. Menjelang 2013, jumlah aset Kia bernilai AS$35.6 bilion (RM145.3 bilion), kira-kira lebih separuh bajet Kerajaan Malaysia 2017.

9. Kia adalah salah satu jenama kereta Asia yang menguasai pasaran Amerika Syarikat berasaskan jualan.

10. Kia menjual saham kepada Hyundai pada 1998, setahun selepas bergelut dengan masalah kewangan dan diisytiharkan bangkrap berikutan krisis ekonomi Asia pada masa itu.

11. Kia Stinger ialah kereta mewah berprestasi segmen E pertama dihasilkan Kia yang mendapat sentuhan rekaan daripada Schreyer, dan Gregory Guillaume (Ketua Pereka) di studio Kia di Eropah, manakala aspek teknikal dibikin bekas Naib Presiden Kejuruteraan BMW M, Albert Biermann.

SUMBER: MentalItch

Related

927
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, Fakta Kia, Kia, Korea Selatan, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my