• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Kereta
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE

Lagi Foto Kia Stinger (2018) Didedahkan Menjelang Pelancaran Rasmi Disember Ini

September 27, 2017 By AO 2 Comments


KIA bersedia melancarkan Stinger (2018) secara rasmi untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) pada Disember ini dengan menyiarkan banyak foto menarik buat tatapan peminatnya. Digelar sebagai sportback 5-pintu, Stinger direka sebagai model terbaik dalam kelas dan jentera paling berprestasi tinggi dalam sejarah jenama itu.

Rekabentuk Stinger direka sendiri Peter Schreyer, iaitu ketua pereka Kia bersama pasukannya yang berpangkalan di Jerman. Pembangunan pemanduan dan pengendalian model baharu itu dilakukan di Nurburgring di bawah pemantauan bekas pakar tuner BMW, Albert Biermann.

Saya fikir bagi jenama Kia, Stinger adalah seperti satu acara istimewa kerana tiada siapa menyangka kereta seperti itu, tidak hanya pada rupa, tetapi juga cara ia dipandu. Ia haiwan yang cukup berbeza." kata Biermann.

Stinger menampilkan enjin 2.0L turbo 4-silinder berkuasa 255hp dan tork 352Nm yang membolehkan model itu memecut sepantas 5.9 saat bagi pecutan 0-100kmj. Varian enjin paling premium bersesaran 3.3L V6 berkuasa 365hp dan tork 509Nm dengan pecutan 0-100kmj selaju 4.7 saat dan kelajuan maksimum 268kmj. Kedua-dua enjin dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan.

Kestabilan casis dibantu sistem suspensi MacPherson untuk roda depan dan tetapan 5-link di belakang. Model asas dipacu atas suspensi pasif, manakala GT mendapat kawalan elektronik dengan peredam aktif.

OPSYEN AWD, TEKNOLOGI MODEN

2018 Kia Stinger GT2 AWD
2018 Kia Stinger GT2 AWD
2018 Kia Stinger GT2 AWD
2018 Kia Stinger GT2 AWD

Juga ditawarkan opsyen sistem pacuan semua roda (AWD) dengan ciri Kia baharu dipanggil sistem Kawalan Pemvektoran Tork Dinamik (DTVC) yang mana kuasa diagihkan antara gandar dan brek digunakan untuk kesan pemvektoran tork. Dalam mod Sport, sistem AWD lebih cenderung kepada roda belakang menerusi hantaran kuasa hingga 80 peratus, sebaliknya hantaran kuasa dalam mod Normal adalah sekitar 50 peratus.

Jarak roda Stinger (2018) ialah 2905.76mm, lebih panjang berbanding pesaing lain seperti Audi A5 Sportback, Infiniti Q50, Lexus IS, BMW 4 Gran Coupe dan Lexus GS. Menurut Kia, kapasiti saiz tersebut membolehkan Stinger menawarkan ruang dalaman lebih luas yang setanding sebuah BMW 6-Series Gran Coupe.

Stinger turut didatangkan dengan pelbagai ciri keselamatan aktif, termasuk Amaran Perhatian Pemandu (DAW), Mengelak Perlanggaran Depan dengan Pengesan Pejalan Kaki (FCAPD), Kawalan Jelajah Pintar (SCC) dengan Henti & Mula (Stop & Go), Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan banyak lagi.

Harga rasmi Stinger (2018) akan didedahkan menjelang tarikh perlancarkan rasmi kelak.

GALERI

Kia Stinger GT2 RWD

Kia Stinger GT2 AWD

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kia, Kia Stinger (2018), Roda4, sportback

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)
  • Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!
  • Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?
  • Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?
  • Toyota Raize Dapat 32k Tempahan Sebulan, Lapan Kali Ganda Sasaran Asal!Toyota Raize Dapat 32k Tempahan Sebulan, Lapan Kali Ganda Sasaran Asal!

PANDU UJI

#PanduUji: Volvo XC90 Inscription Plus Facelift, Berbaloi Labur Tambahan RM10k Untuk Sistem Audio Gempak?

KEHADIRAN Volvo XC90 merupakan momen paling kemuncak dalam sejarah … [Baca Lagi...]

Proton 1 Tank Adventure [SIRI 2]: Taktikal Lebih Ekstrem, Jimat Macam Kereta Hibrid!

ARTIKEL Siri 1 dulu, kami berkongsi kepada anda, tidak kira model atau … [Baca Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my