• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Golf GTI TCR (2018) Dapat Facelift Baharu, Tampil Lebih Berkuasa

Volkswagen Golf GTI TCR (2018) Dapat Facelift Baharu, Tampil Lebih Berkuasa

December 3, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

165
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RUPA-rupanya facelift bukan saja untuk kereta jalanan, tetapi juga versi perlumbaan dan inilah dilakukan Volkswagen (VW) menerusi model Golf GTI TCR (2018) yang dibikin khas untuk pemanduan atas trek. Jika diikutkan, Golf GTI TCR (2017) pun sudah sedia gempak dan ganas.

Bahagian depan Golf GTI TCR (2018) direka semula bagi menyamai Golf GTI facelift versi jalanan yang memang sengaja dibuat sedemikian supaya berkongsi identiti sama. Pengarah Volkswagen Motorsport, Sven Smeets berkata, rupa baharu Golf GTI TCR (2018) itu adalah hasil kerjasama dengan Volkswagen Design yang menyerlahkan persamaan antara model pengeluaran dan perlumbaan.

BACA >>> Volkswagen Golf GTI TCR (2017) Versi Facelift - 345hp, Lebih RM400k

Menurut Smeets, enjin Golf GTI TCR (2018) diambil daripada model pengeluaran dan hanya memerlukan sedikit pengubahsuaian untuk kegunaan litar. Selain digemari kerana pemanduan hebat di jalanan, Golf GTI TCR (2018) turut cemerlang di litar lumba dan berikut adalah pencapaian model tersebut:

  • VW Golf GTI TCR (2018) dijana enjin 2.0L, berkuasa 350hp dan ditawarkan kepada pasukan lumba dan pemandu profesional.
  • Diiktiraf sebagai  Model Terbaik Tahunan.
  • Pemandu Perancis, Jean-Karl Vernay memenangi kategori pemandu dalam perlumbaan antarabangsa TCR di Dubai, bulan lalu.
  • Golf GTI juga memenangi kelas TCR pada Kejuaraan Enduran 24 Jam VLN di Nürburgring Nordschleife, mengatasi pesaing lain yang lebih berkuasa
  • Kantadhee Kusiri dan Liqui Moly Team Engstler memenangi TCR Asia, manakala Francisco Abreu meraih kejuaraan TCR Iberico.
  • Golf GTI TCR turut menjadi juara di pelbagai perlumbaan dunia dengan menumpaskan pesaing lain seperti Honda, Audi, Seat, Alfa Romeo, Opel dan Kia.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=or_wda2F0iQ]

Model baru Golf GTI TCR dijadualkan siap untuk penghantaran bermula pada Januari hadapan, dan sebelum itu dipertontonkan terlebih dahulu buat pertama kali pada Pameran Motor Essen bermula 2 hingga 10 Disember ini.

Golf GTI ialah kereta berprestasi yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Semua model Golf GTI berkongsi karakter ketangkasan yang tinggi, berat badan rendah, pacuan roda depan (FWD) selamat dan kerusi ergonomik dengan stereng sport yang sedap digenggam.

Selain itu Golf GTI turut memiliki ciri spesifik seperti garisan merah pada gril dan balutan kerusi bercorak Clark (garisan dan berkotak).

VW Golf GTI TCR 1
VW Golf GTI TCR 2
VW Golf GTI TCR 3
VW-Golf-GTI-TCR-4
VW-Golf-GTI-TCR-5

Related

165
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Golf GTI, Golf GTI TCR, Roda4, TCR, Volkswagen, Volkswageng Golf GTI, vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev