• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: 10 Perkara Tentang Karakter Sportbike yang Perlu Anda Tahu

#TahukahAnda: 10 Perkara Tentang Karakter Sportbike yang Perlu Anda Tahu

November 28, 2017 By Aryon 2 Comments

8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SPORTBIKE atau motosikal sport merujuk kepada jenis motosikal yang dibangunkan untuk prestasi, kelajuan dan pengendalian. Sportbike memiliki beberapa karakter tersendiri yang tiada pada motosikal lain. Malah cara tunggang sportbike juga berbeza dan perlu mengambil masa lebih lama untuk memahirkan diri berbanding jenis motosikal lain seperti touring, moped atau skuter.

Berikut 10 karakter sportbike yang perlu anda tahu:

1. BREK KUAT

Kuasa berhenti sportbike adalah sama penting seperti kuasa pecutan. Sportbike mempunyai kuasa brek lebih baik berbanding motosikal kelas lain.

2. FREM TEGAR

Lekukan, selekoh dan simpan sepanjang laluan trek atau jalan raya (terutama di lebuh raya atau jalan gunung) memberikan banyak tekanan ke atas casis motosikal. Inilah sebab sportbike memiliki frem diperkuat supaya jentera dapat ditunggang sempurna.

3. KELEGAAN MEMBELOK TINGGI

Inilah antara ciri khas sportbike yang tiada pada motosikal kelas lain. Jarang sekali kita lihat penunggang sportbike dapat mengasah peg kaki atau tongkat. Ini kerana sportbike itu sendiri direka supaya dapat mengambil selekoh serendah mungkin tanpa menyeret dan mencalarkan mana-mana komponen motosikal.

4. BAR HENDAL RENDAH

Kawalan sportbike bukan untuk bersantai, tetapi kelajuan. Tetapan bar hendal memang sengaja dibuat rendah yang bertujuan merendahkan posisi duduk penunggang supaya dapat membelah angin, sekali gus mengurangkan tekanan ketika menunggang dan meningkatkan kelajuan.

5. SUSPENSI BOLEH LARAS

Suspensi sportbike boleh dilaras mengikut permukaan jalan berbeza dan berat penunggang. Agak tidak sesuai dan berbahaya mengambil selekoh laju jika suspensi beralun-alun seperti di atas motobot. Jadi penunggang diberikan kebebasan memilih.

BACA >>> Inilah 5 Realiti Sebenar Tentang 'Superbike 250cc' yang Nubis Perlu Tahu

6. PELANA MINIMALIS

Sportbike tidak meletakkan keselesaan tunggangan sebagai prioriti, dan menjadi perkara nombor dua untuk difikirkan selepas kelajuan. Menunggang sportbike memang memerlukan lebih stamina dan kekuatan fizikal. Sejam di atas sportbike tidak sama seperti sejam di atas jentera touring atau kapcai.

7. TAYAR PROFIL RENDAH

Tayar sportbike biasanya lebar dan leper untuk mendapatkan respon jalan yang bagus. Tambahan lagi sportbike memang lebih kerap melakukan aksi 'corner baring'.

8. BADAN AERODINAMIK

Panel badan sportbike direka langsing untuk memberikan perlindungan dan mengurangkan seretan angin ketika menunggang.

9. ENJIN BERKUASA

Apa saja sportbike, tidak kira 2, 3 atau 4-silinder memiliki rev enjin lebih tinggi berbanding jentera cruiser dan touring, hingga 15,000rpm!

10. POSISI TUNGGANGAN KOMPAK

Duduk di atas sportbike, secara natural lengan dan kaki anda akan melekap pada tangki, manakala posisi kepala jadi menunduk ke arah cermin pengadang. Posisi sebegini mampu memberikan kawalan maksimum kepada penunggang bertubuh langsing, kurus, tidak melampau tinggi dan mempunyai berat badan normal.

Tetapi bagi penunggang bertubuh gempal (baca: gemuk), mereka akan merasa kurang selesa, tetapi kental berpura-pura mengatakan semua itu hal kecil saja. Apapun, tiada pelumba MotoGP yang berbadan raksasa setakat ini. Jaga pemakanan anda, ingatlah orang tersayang.

Related

8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: autotainment, motosikal, roda2, sportbike, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev