• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Inilah 5 Model Ducati Baharu Sempena 2018 + 1 Warna Baharu XDiavel S, Iceberg White

Inilah 5 Model Ducati Baharu Sempena 2018 + 1 Warna Baharu XDiavel S, Iceberg White

November 22, 2017 By Aryon 2 Comments

FacebookTwitter


SEMPENA 2018 yang bakal menjelang, Ducati mendedahkan lima model baharu, dan satu skema warna baharu, Iceberg White untuk model cruiser prestasi, XDiavel. Model-model baharu lain terdiri daripada Monster 821 yang dipertingkat, Multistrada 1260, 959 Panigale Corse, Scrambler 1100 dan Panigale V4.

Daripada lima model itu, empat model didedahkan pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2017, baru-baru ini sebelum masing-masing melakukan debut di Amerika Syarikat sempena Pameran Motosikal Antarabangsa Progresif (IMS) pada 17-19 November lalu di Pusat Konvensyen Long Beach (LBCC).

Model yang dipaparkan itu ialah Panigale V4 standard, Panigale V4 S, Scrambler 1100 Special, 959 Panigale Corse, Multistrada 1260 S, Monster 821 (kuning), dan XDiavel S (Iceberg White). Turut ditayangkan ialah Multistrada Enduro Pro baharu.

Berikut beberapa maklumat tentang model Ducati 2018:

* Harga dimaklumkan ialah kadar tukaran terus dengan Dolar Amerika (USD), dan tidak termasuk cukai.

1. PANIGALE V4 - di pasaran Februari 2018


Dikuasakan enjin V4 baharu berkuasa 214hp dan pelbagai ciri elektronik, serta berat kering 175kg, Panigale V4 adalah permulaan bab baru dalam kisah Ducati. Panigale V4 menggantikan 1299 sebagai model supersport paling berkuasa dalam famili Ducati dengan meningkatkan elemen prestasi dan pengendalian supaya semua penunggang dalam pelbagai tahap tunggangan dapat berseronok dan teruja dengan jentera baharu tersebut.

BACA >>> 12 Fakta Tentang Ducati Panigale V4 yang Perlu Anda Tahu

Harga Panigale V4 (2018):

  • Standard - AS$21,195 (RM87,418)
  • S - AS$27,495 (RM113,402)
  • Speciale - AS$39,995 (RM164,959)

2. SCRAMBLER 1100 Special - di pasaran April 2018

Scrambler 1100 adalah tambahan terbaharu dalam famili Scrambler, yang membawa enjin ketiga kepada barisan produk Scrambler. Scrambler 1100 Special pula ialah klasik kontemporari elegan dan berkarakter yang tampil dengan rim hitam, madgad aluminium dan ekzos krom.

BACA >>> Ducati Scrambler (2015) - Harga Jualan Serendah RM57,333 Hingga RM64,888

Harga belum dinyatakan.

3. MULTISTRADA 1260 S - di pasaran Januari 2018


Multistrada 1260 S baharu tampil dengan memaksimumkan konsep versatiliti. Enjin Ducati Testastretta DVT bersesaran 1262cc menawarkan 85 peratus tork pada 3,500rpm, yang mana hantaran pada 5,500rpm adalah 18 peratus lebih tinggi berbanding model terdahulu. Jentera ini juga menampilkan casis baharu bersama pakej elektronik termaju yang membolehkan telefon pintar membuat sambungan Bluetooth. Ciri tersebut dijadikan standard untuk model S. Multistrada 1260 (2018) ialah motosikal yang benar-benar dihasilkan untuk pengembaraan.

BACA >>> Ducati Multistrada 1200 - Harga Bermula RM119,999 Hingga RM135,999

Harga Multistrada 1260 (2018):

  • Standard - AS$18,695 (RM77,107)
  • S - AS$20,995 (RM86,593)
  • Pikes Peak - AS$24,995 (RM103,901)

4. 959 PANIGALE CORSE - di pasaran Mac 2018


959 Panigale Corse (2018) mengadunkan keseimbangan sempurna antara kuasa, ringan, prestasi dan kawalan. Banyak naik taraf unik ditampilkan, termasuk skema warna yang diilhamkan daripada jentera MotoGP, suspensi Öhlins dan teknologi Quick Shift sebagai ciri standard. Enjin silinder-kembar Superquadro bersesaran 955cc, dan frem monokok eksklusif mewujudkan campuran unik prestasi dan pengendalian mudah dalam pakej jentera yang ringan dan senang dipacu.

BACA >>> Ducati 1299 Panigale R Final Edition - Tribut Enjin Silinder Kembar Legenda!

Harga 959 Panigale Corse (2018):

  • AS$17,595 (RM72,570)

5. MONSTER 821 - di pasaran Januari 2018


Monster 821 (2018) kali ini melakukan debut sempena ulang tahun ke-25 model itu yang berjaya merevolusikan dunia motosikal dunia, terutama dalam segmen nakedbike. Ciri standard diberikan ialah paparan warna TFT, dan teknologi anjakan gear, Quick Shift. Sofistikated, sporty, tangkas dan berkuasa, Monster 821 menggabungkan prestasi sempurna buat penunggang aras mula dan berpengalaman.

BACA >>> Sempena Rai 25 Tahun di Pasaran, Ducati Sambut 2018 dengan Monster 821

Harga belum dinyatakan.

6. XDIAVEL S (warna baharu - Iceberg White) - di pasaran November 2017


Kepada peminat cruise-tekno, XDiavel, Ducati menawarkan palet warna baharu yang cukup menawan, Iceberg White sebagai opsyen untuk model S. Ducati turut menambah baik aspek ergonomik dengan mempertingkat sistem suspensi dan memperkenalkan bar hendal baharu. Dengan aneka pilihan aksesori, ada lebih 147 konfigurasi penunggang boleh disesuaikan.

Harga belum dinyatakan.

SUMBER: Ultimate Motorcycling

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ducati, Ducati 2018, Ducati 959 Panigale Corse, Ducati Monster 821, Ducati Multistrada 1260, Ducati Panigale V4, Ducati Scrambler 1100, Ducati XDiavel, Iceberg White, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev