• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati Multistrada 1200 - Harga Bermula RM119,999 Hingga RM135,999

Ducati Multistrada 1200 - Harga Bermula RM119,999 Hingga RM135,999

February 20, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

284
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Ducati Multistrada 1200_2016_pandulajudotcomdotmy (14)

Next Bike Sdn Bhd memeriahkan lagi pasaran motosikal touring menerusi pengenalan Ducati Multistrada 1200 yang ditawarkan dalam dua varian.

HARGA: (Atas jalan tak termasuk insurans)

  • Ducati Multistrada 1200 ABS - RM119,999
  • Ducati Multistrada 1200 S - RM135,999

Model pemasangan tempatan (CKD) ASEAN dari Thailand itu menerima beberapa penambahanbaikan berbanding versi terdahulu.

Ducati Multistrada 1200_2016_pandulajudotcomdotmy (7)

Antaranya enjin Ducati Testastretta DVT (Desmodromic Variable Timing) yang juga pertama dalam industri motosikal. Enjin ini mengetengahkan sistem insap pemasaan boleh ubah dengan kawalan bebas pada camshaft pengambilan dan ekzos.

Penggunaan enjin baharu itu turut menawarkan pecutan lebih berkuasa tanpa mengabaikan penjimatan penggunaan bahan api.Ducati Multistrada 1200_2016_pandulajudotcomdotmy (13)

Ducati Multistrada 1200_2016_pandulajudotcomdotmy (2)    Ducati Multistrada 1200_2016_pandulajudotcomdotmy (4)

Ducati Multistrada 1200_2016_pandulajudotcomdotmy (3)    Ducati Multistrada 1200_2016_pandulajudotcomdotmy (9)

Lebih menarik, kedua-dua varian ini didatangkan dengan ciri kawalan jelajah elektronik yang membolehkan penunggang mengawal kelajuan yang terletak di bahagian kiri pemegang hendal.

Bagi varian Mutistrada S, ia dipadankan dengan Bluetooth yang boleh dihubungkan ke telefon pintar selain paparan meter bewarna.

Aspek keselamatan, Multistrada 1200 turut dilengkapi dengan Inertial Measurement Unit (IMU) bagi mengukur kadar olengan dan pengambilan sudut di selekoh. Selain itu, IMU juga membantu dalam meningkatkan operasi sistem ABS.

Ducati Multistrada 1200_2016_pandulajudotcomdotmy (6)

Model touring ini juga dipadankan dengan Ducati Wheelie Control (DWC). Sistem ini mengesan dan membetulkan gejala sekiranya tayar hadapan terangkat selain memastikan pecutan maksimum dan cengkaman meyakinkan.

Kedua-dua model ini sudah mula boleh ditempah dan kunjungi pengedar Ducati berdekatan bagi melihat lebih lanjut lagi kehebatan Multistrada.

Artikel Berkaitan

284
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: ABS, Ducati, Motor, Multistrada, Naza World, Next Bike Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Volvo Lancar EX30, SUV EV Terkecil Volvo Berharga Dari RM160K!
    Volvo Lancar EX30, SUV EV Terkecil Volvo Berharga Dari RM160K!
  • Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
    Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
  • Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
    Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
  • BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!
    BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my