• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai IONIQ Dipilih Sebagai Kereta Terbaik (COTY) Dunia Wanita 2017

Hyundai IONIQ Dipilih Sebagai Kereta Terbaik (COTY) Dunia Wanita 2017

November 20, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

534
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM dunia automotif, ada banyak anugerah yang dianjurkan khas untuk mengiktiraf pencapaian dan kehebatan sesebuah kereta. Ini pula anugerah istimewa daripada kaum hawa - Anugerah Kereta Terbaik Dunia Wanita (Women’s World Car of the Year) yang rupa-rupanya sudah berlangsung sejak beberapa tahun lalu.

Dalam edisi kelapan COTY Wanita kali ini, Hyundai IONIQ dipilih sebagai pemenang anugerah paling istimewa, iaitu Anugerah Ulung atau 'Supreme Award'. Ketiga-tiga famili sedan buatan Korea Selatan itu, iaitu IONIQ Electric, Hybrid dan Plug-in disatukan untuk tujuan pengundian.

Bagi mengenal pasti pemenang anugerah tertinggi tersebut, juri COTY Wanita mengundi model kereta daripada enam kategori berbeza, seperti kereta famili, kereta bajet, kereta hijau, kenderaan utiliti sukan (SUV) atau Crossover, kereta mewah dan kereta prestasi. IONIQ pula berada dalam kategori kereta hijau dan dipilih sebagai pemenang anugerah berkenaan.

BACA >>> 7 Perkara Perlu Anda Tahu Mengenai Hyundai Ioniq - Harga Bermula RM99,888

KERETA ISTIMEWA

pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq

Seandainya tidak menang anugerah sekalipun, IONIQ sememangnya kereta istimewa menerusi aneka teknologi canggih yang ditawarkan. IONIQ Hybrid ialah model yang turut dipasarkan di Malaysia pada harga cukup menarik dengan pakej ditawarkan.

Selain menawarkan kecekapan bahan api mengagumkan, IONIQ Hybrid dan IONIQ Plug-in turut mencatatkan tahap pelepasan CO2 rendah, manakala IONIQ Electric mampu bergerak sejauh 280km dengan sekali cas penuh. IONIQ Plug-ini pula boleh dipandu hingga 62km dalam mod elektrik, tanpa penggunaan bahan api.

BACA >>> #PanduUji: 6 Sebab Kenapa Anda Wajib Beli Hyundai Ioniq

COTY Wanita adalah satu-satunya anugerah kereta dunia dengan semua juri terdiri daripada wanita, membabitkan 25 wartawan permotoran dari 20 negara berbeza.

Proses pemilihan bermula berdasarkan pencalonan 420 model kereta yang disenarai pendek kepada 60 model teratas terbaik. Kemudian, semua kereta berkenaan akan diundi secara rahsia. Hasil akhir diaudit syarikat akauntan antarabangsa, Grant Thornton Auckland, New Zealand.

pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
hyundai ioniq

Related

534
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: COTY, hyundai, Hyundai Ioniq, Kereta Terbaik Dunia Wanita 2017, Roda4, Women’s World Car of the Year awards

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my