PROTON Saga dan Persona terus menjadi 'hero' sepanjang Oktober apabila menjadi penyumbang kepada model terlaris dengan mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 13 peratus berbanding September 2017.
Sepanjang Oktober 2017, Proton merekodkan penjualan sebanyak 5,083 unit berbanding 4,498 kenderaan pada September. Prestasi jualan itu turut mencatatkan kenaikan sebanyak enam peratus bagi tempoh Januari hingga Oktober 2017 dengan jumlah keseluruhan 61,380 unit berbanding 57,734 kenderaan pada tempoh sama tahun lalu.
Kedua-dua model iaitu Saga (26,343) dan Persona (16,833) menyumbang sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan jualan Proton sepanjang Oktober 2017.
BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Saya Pilih Proton Persona Premium - Najmie Adib Kongsi Pengalamannya...
REBUT REBAT TUNAI DAN SERVIS PERCUMA
Dalam pada itu, anda kini boleh menikmati rebat tunai hingga RM8,000 atau servis percuma selama lima tahun bagi setiap pembelian model Proton terpilih sepanjang November 2017.
Menerusi promosi itu, pelanggan yang membeli mana-mana kenderaan Proton ditawarkan dua pilihan, sama ada mahukan rebat tunai atau servis percuma selama lima tahun.
Berikut senarai promosi yang sedang dijalankan sepanjang November 2017 ini:
- Proton Perdana - Rebat RM8,000 atau servis percuma
- Proton Preve - Rebat RM5,000 atau servis percuma
- Proton Suprima - Rebat RM5,000 atau servis percuma
- Proton Iriz - Rebat RM5,000 atau servis percuma
- Proton Persona - Rebat RM4,000 atau servis percuma
- Proton Saga - Rebat RM2,000 atau servis percuma
- Proton Ertiga - Kerusi dibaluti kulit + RM1,500 atau servis percuma + kerusi dibaluti kulit
- Proton Exora - Rebat RM1,500 atau servis percuma
BETUL KE SERVIS TAK PAYAH BAYAR APA-APA?
Ya, Proton akan berikan anda servis percuma selama lima tahun atau 100,000km (mana tiba dahulu) untuk semua model jenama di atas. Ini bermakna, anda tidak perlu bayar sesen pun ketika menghantar kenderaan untuk disenggara, termasuk kos alat ganti, minyak pelincir dan upah. Semua percuma!
Malah, semua model Proton berkenaan diberikan waranti lima tahun atau 150,000km (mana tiba dahulu).
BACA >>> #PanduUji: Kenapa Anda Perlu Beli Proton Saga 2016? Inilah Jawapannya...
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Proton di 1800-888-398 atau e-mel di [email protected].
Anda juga boleh layari www.proton.com atau Facebook rasmi Proton di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Untuk kemudahan tambahan, anda boleh memuat turun aplikasi rasmi mudah alih MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store secara percuma.
Tunggu apa lagi, inilah masa terbaik anda mendapatkan kereta idaman!
Alson P says
Promosi yang ditunggu².! Servis Dan alat ganti percuma, segalanya percuma dalam tempoh warranty.. Berharap Preve dan Suprima FL diberikan peningkatan keseluruhannya menandingi kereta segment-C conti..
awak says
saga front seats are too flat, need to do something for lumbar support which is essential for long journy
awak says
furthermore its too thin and you can feel it as if your back fees it rests on hard material , lack of foam for comfortable back support, not to mention back pain due to almost the non existence of lumbar support.
one more thine the car need e-drive throttle response modification so that you wont feel a too long throttle pedal travel, to maintain 120kmh is a pain on left foot when you actually have to dip the pedal. with e-drive you dont have to apply to much throttle to get the same speed.
so i point out that it has 2 major flaws in saga vvt.
so it needs prompt action from proton to correct this,
not too bad ,when i manage 290 to 300 km at 60 rm in mixed driving mode from my daily use.,
fuel consumption is average, brakes ok, handling ok on 14 inches wheel.
for the price i love its design.