• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ferrari F2001 Schumacher Dilelong RM31 Juta! Pecah Rekod Kereta F1 Paling Mahal Dunia

Ferrari F2001 Schumacher Dilelong RM31 Juta! Pecah Rekod Kereta F1 Paling Mahal Dunia

November 18, 2017 By Han Othman 3 Comments

254
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JENTERA dipandu legenda Formula Satu (F1), Michael Schumacher, iaitu Ferrari F2001 selesai dijual pada harga AS$7.5 juta (RM31 juta), sekali gus menjadi kereta lumba F1 moden paling mahal di dunia pernah dilelong.

Bersama F2001, Schumacher memenangi 9 daripada 17 siri perlumbaan F1 sepanjang musim itu (2001) dan cuma dua kali gagal menamatkan saingan. Lima daripada baki 6 siri perlumbaan pula meletakkan pelumba Jerman itu di kedudukan kedua, manakala satu siri lagi di tempat ke-4. Ini menjadikan F2001 sebagai jentera F1 paling berjaya pernah dihasilkan.

BACA >>> Ferrari F1 (2001) Milik Michael Schumacher Bakal Dilelong, Harga Dijangka Cecah RM17 Juta!

Schumacher menamatkan musim 2001 dengan 123 mata, meninggalkan pesaing terdekat David Coulthard dengan jumlah mata hampir sekali ganda (65). Secara keseluruhan, sepanjang hayat F2001 merekodkan 10 siri kemenangan, 13 petak utama (pole position), tiga pusingan terpantas dan 197 mata.

PECAH REKOD

Seorang pengumpul tanpa ragu-ragu meletakkan bidaan setinggi, AS$7,504,000 (RM31,828,627) pada sesi bidaan yang berlangsung Khamis lalu di New York. Jumlah berkenaan mengatasi sasaran awal bidaan yang diletakkan rumah lelongan RM Sotheby's pada nilai bidaan sekitar AS$4-5 juta (RM16-20 juta).

Nilai itu juga mengatasi rekod sebuah lagi jentera F1  moden pada harga AS$3,198,500 (RM13,291,362). Dan jangan pula terkejut kerana kereta itupun pernah dipandu Schumacher, iaitu Ferrari F2004 dan dilelong di kilang Maranello pada 2005.

Related

254
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: F1, Ferrari, Ferrari F2001, Formula Satu (F1), kereta F1, lelong, Michael Schumacher, RM Sotheby

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my