• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Porsche 911 GT3 - Kombinasi Prestasi Trek Kini di Jalanan, RM1.7 Juta!

Porsche 911 GT3 - Kombinasi Prestasi Trek Kini di Jalanan, RM1.7 Juta!

November 1, 2017 By Han Othman 2 Comments

FacebookTwitter


PORSCHE 911 GT3 selamat dilancarkan di Malaysia tengah hari tadi yang turut menyaksikan kemunculan pertama siri 911 versi radikal itu untuk pasaran Asean. Model sport berkuasa 500hp ini mengadunkan ciri pemanduan harian dan trek menerusi enjin flat 4.0L aspirasi natural (NA) yang dipertingkat. Malah, Porsche turut menala semula casis bagi menambah baik aspek dinamik pemanduan.

BACA >>> Porsche 911 GT3 'Touring Package' Lebih Minimalis, Transmisi Manual Sahaja

Dibangunkan atas trek ujian sama, termasuk melalui proses pemasangan sama seperti jentera lumba, Porsche menerusi 911 GT3 sekali lagi menghasilkan kereta sport spesfikasi trek versi jalanan yang lengkap dengan teknologi permotoran milik pengeluar automotif dari Jerman itu.

FAKTA MENARIK TENTANG PORSCHE 911 GT3

PRESTASI
  • Menampilkan spoiler agresif, dan ambilan udara besar, termasuk saiz rim dan tayar yang juga besar, tersorok di sebalik fender lebar.
  • Nisbah kuasa-berat (power-to-weight) 3.88kg/kW.
  • Transmisi klac-gandaan (PDK) 7-kelajuan sebagai standard.
  • Berat basah 1,430kg.
  • Kuasa maksimum 500hp
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 3.9 saat.
  • Kelajuan maksimum 320kmj.
  • Profil kereta 25mm lebih rendah berbanding 911 Carrera S.
  • Casis ditala semula untuk menghasilkan karakter pemanduan superior menerusi stereng gandar-belakang (rear-axle steering).
  • Aspek ketangkasan dan kestabilan turut ditambah baik menerusi cagakan enjin dinamik dan kunci diferensial belakang.
  • Bahagian depan ringan, manakala kehadiran spoiler depan membantu memberikan aliran udara optimum. Ini turut dibantu ciri belakang yang juga ringan dengan bukaan udara ekzos dan difuser baharu.
DALAMAN
  • Roda stereng GT sport dengan diameter 360mm, diambil daripada 918 Spyder.
  • Ada tiga varian kerusi ditawarkan.
    • Sport Seats Plus - menampilkan fungsi 18 tetapan elektrik.
    • Kerusi Bucket Sport - Penyandar boleh lipat, beg udara toraks, pelarasan manual depan-belakang
    • Kerusi Bucket Penuh - Guna material plastik yang diperkuat gentian karbon dengan kemasan sulaman karbon.
PEMANDUAN CIRI TREK
  • Ciri Pengurusan Komunikasi Porsche (PCM) menampilkan modul navigasi online dengan maklumat trafik masa nyata, termasuk modul Connect Plus dan aplikasi Track Precision.
  • Aplikasi Track Precision membolehkan pemandu 911 GT3 memaparkan, merekod dan menganalisis perincian data pemanduan menerusi telefon pintar.
HARGA
  • Harga asas 911 GT3 bermula RM1,700,000, termasuk duti, pendaftaran, cukai jalan, dan insurans.

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kereta Sport, Porsche, Porsche 911 GT3, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my