• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MOTO: Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Terima Kunjungan Diraja

MOTO: Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Terima Kunjungan Diraja

May 4, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Cub Prix Terima Lawatan Diraja - Pandulaju.comKejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS pusingan ke-3 yang berlangsung di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor mencipta sejarah apabila menerima kunjungan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan ahli keluarga diraja.

Sultan Ibrahim yang ditemani Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor dan Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong merupakan keluarga diraja pertama yang meluangkan masa hadir memeriahkan kejuaraan motosikal kebangsaan ini sejak ia dianjurkan pada 1994.

Bagi pihak promoter kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd dan penaja utama, PETRONAS, kunjungan keluarga diraja ini memberi makna amat besar kepada perlumbaan underbone tempatan yang telah menjadi landasan utama bagi mencungkil bakat muda negara sebelum diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Lebih membanggakan, Sultan Ibrahim sendiri menyaksikan pelumba satelit PETRONAS, Mohd Affendi Rosli, Ahmad Fazli Sham dan Abdul Muhaimin Roslan mendominasi kelas perdana CP130 manakala Kasma Daniel Kasmayudin memenangi perlumbaan CP115.

"Kunjungan Sultan Johor ke kejuaraan ini memberi makna besar dan pengiktirafan di dalam usaha kami untuk mencungkil bakat-bakat muda Malaysia dalam sukan permotoran dari peringkat akar umbi, selain turut menjadi landasan untuk pelumba dan pasukan mengembangkan kemahiran dan bakat mereka sebelum ke peringkat lebih tinggi," jelas Rizan Ismail, Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Jenama, Kumpulan Komunikasi Strategik PETRONAS.

Cub Prix Terima Lawatan Diraja - Pandulaju.comAntara pelumba-pelumba tempatan yang dikembangkan bakat mereka melalui Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS termasuklah dua pelumba Program Pembangunan Bakat PETRONAS, Hafizh Syahrin Abdullah yang kini beraksi di dalam Kejuaraan Motosikal Dunia FIM dalam kategori Moto2 dan juga Ramdan Rosli yang kini beraksi dalam saingan Moto2 di Kejuaraan Motosikal Eropah FIM CEV Repsol. Dua lagi pelumba Moto2 negara yang turut memulakan karier perlumbaan profesional mereka di Cub Prix ialah Azlan Shah Kamaruzaman dan Mohd Zaqhwan Zaidi.

Selain itu, PETRONAS yang membekalkan minyak rasmi kejuaraan, PETRONAS Primax 95 turut mempunyai 14 pelumba di dalam pasukan PETRONAS Yamaha-CKJ, PETRONAS Yamaha Maju Motor dan PETRONAS Yamaha Team yang bersama-sama bersaing memburu gelaran pada musim ini.

Perlumbaan di Dataran Tanjung Emas, Muar menyaksikan buat kali pertama acara perlumbaan dan aktiviti promosi melibatkan pelbagai jenama barangan yang bersesuaian untuk semua golongan telah berlangsung dengan berlatarbelakangkan sungai dan jarak berhampiran dengan Istana Tanjung.

Seramai 129 pelumba mengambil bahagian melibatkan 26 pasukan keseluruhan dalam enam kategori perlumbaan termasuk CP130, CP115, Wira (Perlumbaan khusus untuk pelumba berusia 13 hingga 17 tahun) dan kategori persendirian, Pro-Am Cup.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: CUB PRIX, Dataran Tanjung Emas, KEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2015, Kunjungan Diraja, Muar, Petronas, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Sultan Johor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my