• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mazda Patenkan Rekaan Spoiler Aktif pada Lampu Belakang, Mampu Optimumkan Aerodinamik Kereta

Mazda Patenkan Rekaan Spoiler Aktif pada Lampu Belakang, Mampu Optimumkan Aerodinamik Kereta

October 12, 2017 By Han Othman 3 Comments

406
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMAKIN banyak pengeluar automotif berlumba-lumba mempatenkan inovasi teknologi masing-masing. Terbaharu, Mazda memfailkan perlindungan paten untuk rekacipta spoiler belakang aktif.

Apa yang unik mengenai rekacipta tersebut, spoiler itu dipasang melintang di tengah lampu belakang dan sekali pandang kelihatan seperti spoiler model konsep Mazda RX-Vision. Bagaimanapun, gambarajah kereta dalam fail paten itu (gambar atas) jelas sekali bukan RX-Vision, sebaliknya sedan dengan jarak bumbung tinggi dan rupa sedikit pelik seakan sebuah Mini Cooper.

BACA >>> Ford Paten Pemegang Cawan Elak Minuman Tumpah

Menurut paten itu lagi, spoiler rekaan Mazda tersebut akan kekal pada posisi sedia ada dalam kelajuan rendah. Kemudian, apabila kereta dipecut laju, spoiler berkenaan akan bergerak ke belakang dan atas untuk mengoptimumkan aerodinamik kereta.

Setakat ini, tiada sebarang maklumat apakah Mazda akan mengimplementasikan teknologi spoiler tersebut pada kereta sport rotari buatan pengeluar itu. Bagaimanapun, Mazda menyatakan akan memperkenalkan model susulan baharu bagi kereta konsep RX-Vision pada Pameran Motor Tokyo, hujung bulan ini. Tahun ini juga ialah ulang tahun ke-50 bagi model rotari pertama Mazda, Cosmo 110S.

BACA >>> Porsche Patenkan Beg Udara Pilar-A untuk Model Konvertibel

Mazda sebelum ini mendakwa model konsep baharu nanti akan menjadi evolusi kepada RX-Vision, tetapi tidak mendedahkan sama ada itu ialah kereta RX versi pengeluaran atau sekadar model konsep. Apapun, ada kemungkinan ciri spoiler aktif itu dapat kita lihat pada model konsep Mazda menjelang Pameran Motor Tokyo 2017 nanti.

Related

406
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, mazda, paten, Roda4, spoiler aktif Mazda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my