• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MOTO: Affendi Rosli Bangkit Semula Di Muar

MOTO: Affendi Rosli Bangkit Semula Di Muar

May 3, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

CubPrix Pusingan Ke-3 - Pandulaju.comMOHD Affendi Rosli menyifatkan pasukannya sudah mula menemui rentak setelah berjaya meraih gelaran juara CP130 pada pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berakhir di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor, semalam.

Pelumba PETRONAS Yamaha-CKJ itu muncul juara setelah menamatkan 18 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 16'08.555s sambil menyaksikan dua lagi gelaran menjadi milik pasukan PETRONAS Yamaha Maju Motor, Ahmad Fazli Sham di kedudukan kedua dan Abdul Muhaimin Roslan di tempat ketiga.

Fazli, juara pusingan pembukaan di Temerloh yang bermula dari petak terakhir  menggunakan sepenuh pengalaman dan keupayaan jentera untuk menamatkan saingan di tangga kedua dengan masa keseluruhan 16'08.768s manakala Muhaimin dengan masa 16'17.087s.

" Setelah dua pusingan berlalu, kami nampaknya mula menemui rentak sebagaimana yang ditunjukkan pada musim lepas. Meskipun aksi saya pada hari pertama tidak begitu baik, namun masih mampu beraksi dengan konsisten dan mencatat masa sepusingan yang agak pantas," jelas Affendi yang kini menghuni tangga kelima keseluruhan dengan 33 mata.

CubPrix Pusingan Ke-3 - Pandulaju.comCP115

Sementara itu, beraksi di halaman sendiri menjadi tonik penting buat Kasma Daniel Kasmayudin apabila berjaya menjuarai perlumbaan CP115 dengan masa keseluruhan 13'51.526s.

Pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor yang berasal dari Skudai, Johor itu menewaskan Mohd Fareez Afeez dari pasukan Felda PB Racing yang berjaya menaiki podium buat pertama kali sejak mula beraksi pada musim 2014. Anak jati Felda Bukit Besar, Kulai, Johor itu menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 13'55.407s manakala pelumba M Seki Liberty Honda, Mohd Syafiq Rosli ketiga 13'57.246s.

Kemenangan itu kembali melonjakkan Kasma Daniel ke tangga kedua keseluruhan dengan 45 mata, hanya lima mata di belakang pendahulu, Tengku Amirul Haffirudin yang gagal menamatkan perlumbaan kali ini namun masih kekal mendahului kedudukan dengan 50 mata. Fareez naik ke tangga ketiga dengan 29 mata.

CubPrix Pusingan Ke-3 - Pandulaju.comWIRA

Bagi saingan Wira pula, Mohd Harith Farhan Baharin terus menjarakkan diri di kedudukan teratas setelah berjaya meraih kemenangan kedua pada musim ini untuk menjadikan podium ketiga berturut-turut dalam tiga pusingan.

Pelumba Kozi Yam Honda Racing itu melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 11'14.722s menewaskan Mohd Qhuwarismi Mohd Nasir di kedudukan kedua yang merupakan podium pertama untuk dirinya dan pasukan Weststar Motorsport dengan masa 11'17.259s. Mohd Irfan Rosnizam (Felda AFB Tech Cardinals Racing) ketiga, 11'17.699s.

Dengan dua kemenangan itu, Harith kini mengumpul 70 mata diikuti Saiful Izman Ahmad Zamani (Felda AFB Tech Cardinals Racing) kedua dengan 45 mata dan Mohd Khairul Ikhwan Ajis (Espada William Racing) ketiga, 34 mata.

KEPUTUSAN

CP130

  1. Affendi Rosli (Yamaha) 16’08.555s
  2. Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 16’08.768s
  3. Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha) 16’17.087s

CP115

  1. Kasma Daniel Kasmayudin (Yamaha) 13’51.526s
  2. Fareez Afeez (Yamaha) 13’55.407s
  3. Syafiq Rosli (Honda) 13’57.246s

WIRA

  1. Harith Farhan Baharin (Honda) 11’14.722s
  2. Qhuwarismi Mohd Nasir (Yamaha) 11’17.259s
  3. Irfan Rosnizam (Yamaha) 11’17.699s

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: CUB PRIX, KEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2015, MOHD Affendi Rosli, Muar, Petronas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev