• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Kembara Ford GT Merentasi Jalan Lautan Atlantik Ini Pasti Buat Anda Terpesona

Kembara Ford GT Merentasi Jalan Lautan Atlantik Ini Pasti Buat Anda Terpesona

October 5, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

67
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBELUM ini kami ada paparkan artikel mengenai jelajah BAC Mono merentasi laluan cantik sepanjang Jalan Lautan Atlantik. Bayangkan kereta tanpa bumbung dengan profil rendah ke bumi menjelajah sejauh beribu-ribu kilometer. Bukan calang-calang pemandu dan kereta yang mampu melakukan trip sejauh itu.

Perjalanan meredah Jalan Lautan Atlantik boleh dianggap sesuatu yang istimewa bagi peminat kereta dan pengembara sejati kerana dapat merasai pengalaman mengasyikkan yang berlatar belakangkan pemandangan indah ciptaan Tuhan.

BACA >>> BAC Mono Jelajah Atlantik - Supercar Tanpa Bumbung Tamatkan Trip Lebih 3,000km!

Sekarang kita abaikan tentang BAC Mono, ini pula cerita lain tetapi masih lagi berkisah mengenai penjelajahan sebuah lagi supercar yang rapat ke bumi - Ford GT kuning (syukurlah ada bumbung). Pengembaraan dalam wilayah Norway itu adalah sebahagian daripada video kembara Europe’s Greatest Driving Roads (Jalan Raya Terhebat Eropah) terbitan Ford.

Sebelum ini, Ford pernah menerbitkan beberapa siri kembara menggunakan pelbagai model seperti Focus ST, Focus RS, Fiesta ST dan Mustang yang menjelajah pelbagai jalan sekitar Eropah. Siri jelajah melalui laluan cantik itu dirakamkan jurnalis automotif antarabangsa, Steve Sutcliffe dan dia sendiri menjadi pengacara Europe’s Greatest Driving Roads.

Jalan Lautan Atlantik perlu dijelajahi dengan kereta bagi menyaksikannya sendiri. Hanya orang yang keras dan ego saja yang tidak tersentuh dengan keindahan laluan ini. Saya terpaksa memecah rekod rating dan memberikan markah 11/10 untuk pemandangan ini. Apa lagi yang hendak dibuat di laluan ini apabila anda dapat menyaksikan ikan paus ketika memandu?"

REKOD PUSINGAN BAHARU

Jalan Lautan Atlantik ialah laluan awam, terdiri daripada lapan jambatan yang menghubungkan bandar Kårvåg dan Vevang. Walaupun indah, tetapi laluan itu bukanlah bebas peraturan kerana ada batasan had kelajuan perlu dipatuhi dan penguatkuasaan undang-undang jalan raya ketat. Jadi, jika mahu melepas geram, ada satu lokasi yang tidak diketahui ramai, iaitu Arctic Circle Raceway. 

Dalam jelajah itu, Ford GT (645hp) dibawa ke litar paling utara di dunia untuk dipandu uji pemandu Ford Chip Ganassi Racing dan veteran 24 Hours Le Mans, Stefan Mücke yang mana dia berjaya mencipta rekod pusingan baru!

VIDEO KEMBARA

Di bawah ini ialah video rakaman kembara tersebut yang sangat berbaloi ditonton.

* Durasi video: 11 minit 15 saat


Jika tidak cukup kuota, apa kata saksikan dulu foto-foto pemandangan cantik sepanjang laluan di sana. 😛 Berdoalah supaya suatu hari nanti kita akan sampai ke sana. Insya-Allah.

GALERI

Related

67
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: 24 Hours of Le Mans, autotainment, Ford, Ford GT, Jalan Laut, Jalan Lautan Atlantik, Norway, Roda4, Stefan Mücke

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my