• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Polis London Uji Skuter Hidrogen - Suzuki Burgman

Polis London Uji Skuter Hidrogen - Suzuki Burgman

September 18, 2017 By Han Othman 1 Comment

519
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JABATAN polis London, kerap dirujuk sebagai 'the Met' kini sedang menguji motosikal dikuasakan hidrogen sebagai barisan kenderaan baharu pasukan keselamatan tersebut. Walaupun cuma 7 unit Suzuki Burgman diuji, ia dilihat sebagai antara inisiatif positif ke arah penggunaan kenderaan tenaga bersih.

Komander, Neil Jerome berkata, kenderaan bagi polis di Britain adalah satu keperluan. Justeru usaha ke arah menggunakan kenderaan mesra alam sentiasa menjadi keutamaan pasukan keselamatan antara terbesar di dunia itu.

BACA >>> Peronda Polis Itali Dapat Lamborghini Huracan, Turut Jadi 'Runner' Hantar Organ Transplan

Salah satu alasan kenapa model Suzuki Burgman menjadi pilihan the Met  ialah skuter hidrogen itu ialah kenderaan sel-bahan api pertama yang mendapat Kelulusan Jenis Kenderaan  Seluruh Eropah (ECWVTA), sekali gus membolehkan jentera dua roda itu dihasilkan secara pengeluaran massa.

suzuki-burgman-hydrogen-fuek-cell-2
suzuki-burgman-hydrogen-fuek-cell-6
suzuki-burgman-hydrogen-fuek-cell-4

PUSAT PROPULSI TERMAJU (APC)

Faktor penyenggaraan dan kos bahan api juga akan dititikberatkan dalam projek kolaboratif yang didanai Pusat Propulsi Termaju (APC), iaitu syarikat teknologi sel bahan api Britain, juga rakan teraju dengan Suzuki Great Britain (Suzuki GB) untuk ujian berkenaan.

BACA >>> Polis England Tahan Lelaki Memandu dengan Burung Kakak Tua Bertenggek di Stereng

Fakta juga mengesahkan Burgman mampu mengurangkan jumlah pencemaran. Apatah lagi jika mengambil kira jumlah anggota the Met seramai 30,000 orang, dan puluhan ribu kakitangan serta sukarela. Jadi, pilihan dilakukan sememangnya sudah mengambil kira keperluan pasukan keselamatan berkenaan.

Suzuki sangat berbesar hati dapat mempamerkan sel bahan api Burgman dan mendapat maklum balas berharga daripada ujian penting dengan the Met.

"Data operasi daripada ujian ini akan dikumpulkan dan digunakan untuk menyokongan program pembangunan kenderaan emisi sifar Suzuki."

- Nobuo Suyama, Pengarah Urusan Suzuki GB

Jika ujian berjaya, the Met mungkin menggunakan Burgman untuk menggantikan skuter sedia ada yang ditunggang anggota itu masa kini.

GALERI

suzuki-burgman-hydrogen-fuek-cell-1
suzuki-burgman-hydrogen-fuek-cell-2
suzuki-burgman-hydrogen-fuek-cell-3
suzuki-burgman-hydrogen-fuek-cell-4
suzuki-burgman-hydrogen-fuek-cell-5
suzuki-burgman-hydrogen-fuek-cell-6
suzuki-burgman-hydrogen-fuek-cell-7
suzuki-burgman-hydrogen-fuek-cell-8

SUMBER: Ride Apart

Related

519
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: motor polis, motosikal, polis Britain, roda2, skuter, Suzuki, Suzuki Burgman

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev